Wednesday, 14 November 2018

APA PERLU DIBUAT JIKA BAYI SAYA MENANGIS DALAM PENERBANGAN?





Membuat perjalanan dengan kapal terbang bersama bayi mungkin membimbangkan anda. Untuk memastikan si comel anda gembira, anda sendiri haruslah membebaskan diri daripada tekanan. Aturkan segalanya sebaik mungkin terlebih AWAL dan pastikan anda TENANG dan CUKUP REHAT apabila memulakan perjalanan.

RANCANG dan lengkapkan bagasi tangan dengan cermat dan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda akan rasa lebih tenang dan bersedia untuk menikmati perjalanan apabila tiba di tempat duduk anda.

Jika gagal mengurus dan memakaikan bayi anda dengan tali keledar, KREW KABIN AKAN MEMBANTU. Pastikan anda dan bayi anda selesa sebaik mungkin.

Memberi SUSU BADAN atau SUSU BOTOL semasa berlepas dan mendarat akan membantu untuk mengurangkan sebarang kesakitan telinga yang mungkin terjadi. Menghisap dan menelan akan melegakan tekanan yang membina di dalam telinga bayi anda.

Jika bayi anda tetap juga mula menangis, dia mungkin sejuk, panas, bosan, lapar atau terasa penat.
BERJALAN BERULANG-ALIK di lorong mungkin menenangkan si comel anda tanpa menganggu penumpang-penumpang lain. Atau berikan BARANG PERMAINAN kegemarannya untuk mengalih perhatian.

Jika si comel tidak berjaya dipujuk, bawalah dia ke bahagian belakang di mana bunyi enjin boleh menenggelamkan tangisannya. Sentiasa bertenang, tumpukan kepada bayi anda dan bercakap secara lembut dengannya. Tunjukkan permandangan ke luar tingkap, ianya mungkin boleh MENGALIH PERHATIAN dan menenangkannya.

Usah pedulikan komen biadap atau keluhan penumpang lain. Pada kebanyakan masa, mereka akan bersimpati apabila melihat anda cuba menenangkan si comel. Mungkin juga ada yang baik hati dan gembira untuk membantu menghiburkan bayi anda sebentar. Kadang-kadang mood si comel akan berubah sepenuhnya apabila orang lain yang bermain “cak-cak" dengannya atau mendodoinya.

Akhir sekali, usah risau jika bayi anda menangis dan membuat bising. Kebanyakan penumpang sebenarnya tidaklah begitu mengambil kisah.

www.evaemilyclinic.com



No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...