Sunday 6 January 2019

7 punca KEGUGURAN yang ibu hamil perlu cakna.






Keguguran merupakan satu mimpi ngeri bagi setiap ibu mengandung. Cuba bayangkan apabila tengah hamil, tiba-tiba keluar darah dari faraj dan terasa sakit seperti kejang perut!!
Ada banyak sebab mengapa keguguran boleh berlaku. Tetapi, kadangkala doktor tidak dapat memberikan sebab-sebab utama bagi keguguran, kerana ianya mungkin bertindan antara satu sama lain.
Namun, kebanyakan doktor dan pakar sakit puan bersetuju antara punca keguguran yang utama, terutamanya di saat awal trimester adalah berpunca daripada
1. Abnormaliti kromosom pada embrio.
Selain daripada sebab utama di atas, terdapat juga beberapa sebab keguguran kehamilan yang lain. Antaranya ialah:
2. Jangkitan bakteria Listeria, iaitu bakteria yang banyak terdapat pada makanan yang kurang masak seperti telur dan daging mentah
3. Masalah ketidakseimbangan hormon pada ibu. Seperti contoh, kurangnya hormon progresteron
4. Masalah kronik seperti diabetes, tiroid, dan penyakit lupus
5. Merokok, minum alkohol secara berlebihan dan penyalahgunaan ubat
6. Stress ,senaman atau gerakan fizikal yang terlampau
7. Kekurangan vitamin dan nutrien seperti contoh asid folik

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...