Perkembangan janin di dalam rahim ibu sangat di
pengaruhi oleh apa yang dilakukan oleh ibu mengandung termasuklah apa yang
dimakan.
Banyak perkara yang sangat baik untuk dilakukan semasa hamil, tetapi tahukah
para ibu ada juga perkara yang AMAT DILARANG untuk dilakukan??
.
Ruby nak kongsikan sedikit kepada para ibu ‘8 Pantang Larang yang
Ibu Mengandung perlu elakkan’. Semoga para ibu dapat memanfaatkannya!!
J
1., Makanan Mentah
Makanan dari ikan mentah seperti sushi, daging setengah masak & adunan kuih yang masih mentah mengandungi bakteria, virus, dan parasit yang lebih banyak sehingga mengganggu perkembangan janin. Ada baiknya anda mengambil makanan tersebut dengan memasaknya dengan sempurna untuk mengelakkan risiko kesihatan.
Makanan dari ikan mentah seperti sushi, daging setengah masak & adunan kuih yang masih mentah mengandungi bakteria, virus, dan parasit yang lebih banyak sehingga mengganggu perkembangan janin. Ada baiknya anda mengambil makanan tersebut dengan memasaknya dengan sempurna untuk mengelakkan risiko kesihatan.
2. Ikan dengan Kandungan Merkuri
Kita mesti memilih dengan
teliti kerana ada spesies ikan yang mengandungi merkuri & tidak baik untuk
kesihatan kita & janin. Kebanyakan ikan laut yang tercemar dengan merkuri
adalah dari lautan dalam. Contoh ikan yang mengandungi jenis merkuri
tinggi adalah Ikan mackerel, Ikan todak, tilefish dan ikan Marlin
3. Makanan Penyebab Alahan
Kita mesti elakkan jenis makanan yang menyebabkan
alahan contohnya seperti kekacang atau produk olahannya. Tak kiralah ketika hamil atau semasa menyusu kan anak
anak
4.Minuman
beralkohol
Minuman keras /
beralkohol akan menghalang penerimaan khasiat makanan & oksigen yang
diperlukan janin akan tersekat. Minuman beralkohol yang diambil
oleh ibu semasa mengandung akan memberi kesan buruk pada kemampuan otak janin.
Anak yang dikandung akan berisiko tinggi terjejas fizikal & IQ
nya.
5. Makanan & minuman berkafein
Ini kerana, kandungan kafein yang terdapat di dalam
minuman seperti kopi, minuman pemberi tenaga & lain lain boleh menyebabkan risiko keguguran & bayi yang lahir dengan
berat badan yang rendah. Kafein mengganggu penyerapan vitamin semasa
mengandung.
Malah dalam keadaan yang lebih serius akan menyebabkan kematian
bayi semasa dilahirkan.
6. Kalori yang berlebihan
Bila kita sedang mengandung, badan memang
memerlukan tambahan kalori tetapi dalam kuantiti yang cukup & seimbang. Ini untuk
mengelakkan masalah berat badan berlebihan / obesiti semasa kita sedang hamil. Ibu hamil yang
mengalami obesiti sebelum mengandung akan meningkatkan risiko bayi lahir dengan
berat badan tinggi atau terkena diabetes semasa
hamil.
7. Merokok
Tabiat merokok yang diteruskan sepanjang ibu
mengandung akan menyebabkan bayi dilahirkan dengan keadaan berat kelahiran yang
rendah.
Keadaan seperti ini tidak baik untuk bayi kerana boleh menyebabkan
kanak-kanak tidak mampu belajar di masa depan.
8. Susu yang tidak dipasteur
Susu mentah belum
dipasteur tidak digalakkan diminum oleh ibu mengandung. Pempasteuran yang
dilakukan bertujuan untuk menghapuskan bakteria jahat dengan menggunakan suhu tinggi. Apabila
kita mengambil susu atau produk olahannya, sangat perlu lebih teliti dan
berhati-hati. Susu yang tidak dipasteur berisiko mengandungi bakteria
listeria yang akan meningkatkan risiko keguguran dan penyakit serius.
www.evaemilyclinic.com
No comments:
Post a Comment