Friday, 25 January 2019

"Kenapa bayi saya menjadi kuning selepas sehari dua dilahirkan?? Bahaya tak kuning ni?"






Kuning (jaundis) sering berlaku kepada bayi yang baru lahir. Kulit bayi akan bertukar ke warna kekuningan yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.
Ianya bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.
Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
1) Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini TIDAK BERBAHAYA pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.
2) Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.
3) Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran.
Bagi bayi yang mengalami Jaundis berpanjangan, terdapat 2 jenis rawatan iaitu:
1. Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya. Janganlah dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus-menerus kerana ini membahayakan bayi anda.
2. Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak kepada bayi.
Rujukan artikel dari Portal Rasmi Myhealth KKM
www.evaemilyclinic.com

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...