Tahun 2019 sudah tiba. Mesti anda semua sudah buat azam baru kan? Tak lupa juga kepada para ibu khususnya yang berkerjaya, boleh dikatakan 100% daripada mereka membuat azam untuk MEMBAHAGIKAN MASA ANTARA KERJAYA DAN KELUARGA.
.
.
Berikut adalah 9 tips untuk ibu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Para mommies take note ya!!
1. Masak
Bagi mempercepatkan
penyediaan makanan, sewaktu hari minggu tu anda terus je mengupas
bahan-bahan asas memasak seperti mengupas bawang putih, bawang merah dan halia
kemudian dikisar secara berasingan. Bila nak masak nanti, bahan-bahan asas
semua dah tersedia. Kan mudah. Macam tu juga dengan ikan dan ayam. Potong dan
bersihkannya awal-awal.
2. Kemas rumah
Untuk pastikan masa
anda mencukupi untuk mengemas rumah, pastikan seisi rumah mempraktikkan
amalan ‘dah guna, simpan’. Jangan biarkan pinggan tak dicuci selepas makan atau
masak.
3. Basuh baju
Semasa hari
bekerja, pastikan 2 atau 3 hari sekali anda mesti membasuh
baju. Jangan biarkan baju disimpan dan dibasuh ketika hujung minggu. Nanti
anda sendiri penat nak melipatnya. Tapi kalau tak banyak baju apa
salahnya. Jika anda hanya sempat membasuh baju selepas pulang kerja,
pastikan anda bangun awal pagi untuk menyidainya.
4. Seterika baju
Cari waktu sesuai
untuk anda menggosok semua baju yang akan dipakai dalam seminggu.
Lakukan sambil menonton tv atau berbual dengan keluarga supaya anda tak
terasa bebanannya.
5. Luangkan masa berkualiti dengan anak dan suami
Ambil peluang
berbual dengan keluarga ketika makan. Ajak sekali anak dan suami menyediakan makanan
bersama, terutamanya di hujung minggu.
6. Multitasking
Rata-rata wanita
dah terbiasa dengan ‘multitasking’. Namun ‘multi-tasking’ juga boleh mengambil
masa yang banyak dan meletihkan kalau tak diurus dengan baik. Contohnya,
jika sedang bekerja di pejabat, anda boleh ambil sedikit masa untuk
bayar bil secara online dan merancang jadual menu masakan untuk seminggu
terus.
7. Bangun awal pagi
Bangun waktu pagi
akan membuatkan anda menjadi lebih produktif. Malah anda juga akan banyak masa untuk menguruskan hal rumah tangga. Contohnya, jika
waktu pejabat bermula pada pukul 9, anda bangun sekitar 5 pagi.
8. Elakkan bermain dengan telefon.
Semasa anak-anak ada di rumah, elakkan bermain dengan telefon. Tumpukan sepenuh perhatian kepada mereka supaya anak-anak berasa diri disayangi.
9. Sayangi diri sendiri
Sebagai wanita yang
bekerjaya, anda tak akan lari daripada tekanan. Jangan terlalu terbeban
dengan komitmen tugasan dan keluarga sehingga lupa lupa untuk menjalankan
tanggungjawab untuk diri sendiri.
Sesibuk mana
sekalipun, jangan lupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri sendiri.
www.evaemilyclinic.com
No comments:
Post a Comment