Setiap ibu ingin kurus selepas bersalin. Walaupun kita akan
kehilangan berat badan yang banyak selepas melahirkan anak dan plasenta, tapi
masih ada lemak-lemak dan kulit di bahagian perut yang tidak dapat dihilangkan.
.
Tapi jangan risau lagi! Di bawah adalah beberapa Cara Yang
Simple Untuk KURUS SELEPAS BERSALIN yang berkesan.
.
Jom cuba!
1. Madu dengan lemon
Ini adalah cara yang mudah untuk kuruskan badan selepas
bersalin.
Campur segelas air suam dengan jus lemon segar dan setengah
sudu teh madu. Minum dengan perut kosong atau sebelum makan.
2. Losyen/kriM
Cuba cari losyen yang ada Kollagen, Vitamins A, C dan E.
Mengurut losyen dengan kandungan vitamin ini bukan hanya akan meningkatkan
aliran darah, malah ia juga boleh mengetatkan perut anda! Jika anda ibu
menyusu, semak dulu kandungan dalam krim itu untuk memastikan ia selamat dan
tidak akan beri kesan pada ibu atau bayi.
3. Teh Hijau
Tahukah anda secawan teh hijau boleh menolong membakar lemak
perut? Selain itu, teh hijau juga kaya dengan antioksidan! Ia juga mengandungi
kafein, jadi ibu-ibu menyusu kena minum secara sederhana ya?
4. Epal
Epal boleh menghilangkan lemak perut. Epal mengandungi
pektin yang membantu membakar lemak perut. Sama seperti teh hijau, epal kaya
dengan antioksidan dan boleh menghalang pengumpulan lemak yang berlebihan.
5. Diet yang seimbang
Makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan protein yang
sihat. Kurangkan pengambilan garam dan gula sebanyak mungkin. Elakkan minuman
bergas dan minuman berkarbonat lain.
6. Bersenam!
Ibu digalakkan untuk bersenam, tapi jangan terus lakukan
senaman tiba-tiba atau apa sahaja senaman yang terlalu berat. Mula dengan
senaman ringan yang boleh membina ketahanan badan seperti berjalan, berenang
ataupun menunggang basikal.
7.Jangan diet
Jangan berdiet kerana ini hanya akan menyebabkan anda rasa
lemah dan metabolisma badan boleh jatuh. Cuba makan dengan lebih banyak pada
waktu pagi dan ingat, apabila anda makan dengan baik badan anda akan membakar
lemak dengan lebih berkesan.
8. Menyusu
Badan ibu yang menyusu membakar sebanyak 500 kalori sehari.
Menyusu juga boleh membantu rahim untuk mengecut ke saiz biasa dan menampakkan
perut yang lebih kempis .
9. Minum air
Murah, baik untuk anda dan sangat berkesan, air boleh
menolong mengeluarkan toksin dari badan dan mengempiskan perut.
www.evaemilyclinic.com
www.evaemilyclinic.com
No comments:
Post a Comment