Sebaik sahaja selepas bersalin, ibu-ibu akan melalui fasa BERPANTANG iaitu fasa pemulihan diri secara dalaman dan luaran. Jangan sia-siakan lah tempoh ini kerana ia amat penting untuk mengekalkan kesihatan diri untuk jangka masa yang panjang.
.
Jom kita tengok apa yang boleh dilakukan ibu semasa berpantang. Selamat mencuba!!😄😄
1.PELINDUNG KAKI (STOKING)
Semasa berpantang, anda perlu memakai sarung kaki terutamanya stokin yang berfungsi untuk melancarkan darah. Ia bertujuan supaya kaki tidak sejuk dan perjalanan darah menjadi lebih lancar.
2. BAJU TEBAL
Semasa berpantang, para mommies akan kehilangan darah. Jadi badan anda dalam keadaan lemah dan penghasilan haba pun turut terkesan. Elok memakai baju tebal dan berstoking serta tidur dengan udara yang cukup nyaman.
3. ELAK DUDUK MENCANGKUNG
Mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan para ibu berasa sakit pada luka tempat bersalin. Sebaiknya gunakan tandas duduk untuk membuang air kecil atau besar.
4. MANDI DALAM KEADAAN DUDUK
Mandi adalah untuk kesegaran badan. Semasa berpantang anda tetap perlu mandi. Semasa mandi hendaklah duduk di bangku. Dengan ini, anda tidak menggunakan banyak tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
5. DAPATKAN REHAT YANG SECUKUPNYA
Anda tidak perlu melakukan kerja berat. Jika mempunyai pembantu, biarkan dia menguruskan bayi dan rumah tangga. Anda boleh duduk berehat untuk memulihkan tenaga kembali supaya badan kembali sihat dan bertenaga.
6. ELAK MAKAN MAKANAN YANG PEDAS DAN BERMINYAK
Tahukah anda bahawa makanan tersebut boleh mengganggu pencernaan dan mungkin menyebabkan kembung dan sakit perut. Anda mesti tak mahu untuk berulang-alik ke tandas untuk membuang air besar semasa berpantang kan??
7. BERTUNGKU
Ia adalah amalan yang baik semasa dalam pantang. Bertungku boleh mengecutkan rahim anda dan melancarkan perjalanan darah di bahagian tersebut. Bertungkulah setiap hari pagi dan petang selama sebulan.
.
.
Ibu-ibu digalakkan untuk melakukan amalan-amalan di atas supaya dapat kembali sihat dan cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki. So, good luck to all mommies!!
www.evaemilyclinic.com
No comments:
Post a Comment