Saturday, 5 January 2019

7 TIPS BANYAKKAN SUSU IBU


7 TIPS BANYAKKAN SUSU IBU
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Ramai yang tahu terlalu banyak khasiat susu ibu yang sangat bermanfaat untuk bayi.
.
Namun begitu, sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah kekurangan susu.

Para ibu nak tahu tak CARA NAK TAMBAH SUSU BADAN?? Jom kita lihat di bawah.
1. JANGAN PANIK, BAWA BERTENANG
Ya! Anda perlu bertenang. Tekanan merupakan salah satu punca penghasilan susu terganggu. Semasa menyusukan, cuba tenangkan minda dan buang semua kerisauan yang ada. Anda juga boleh mendengar muzik atau alunan Alquran sambil menyusukan bayi.

2. BELAJAR ILMU ‘SUPPLY AND DEMAND’
Tahukah anda apa itu ‘supply and demand’?
Para ibu perlu tahu bahawa lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak lagi susu akan dihasilkan. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘supply and demand’. Susukanlah bayi anda sekerap mungkin. Selepas itu, para ibu akan mula merasa perubahannya. Susu mulai banyak dan proses menyusukan anak akan lebih lancar.

3. PERAH SUSU BADAN
Pilih breastpump yang selesa
Ini tidak perlu diberitahu lagi. Jika mahu banyak simpanan, kena perah banyak-banyak. Inilah antara tips banyakkan susu badan yang banyak diamalkan oleh ibu bekerja.

4. KOSONGKAN PAYUDARA
Satu lagi cara yang disarankan untuk ibu menyusu ialah sentiasa mengosongkan payudara. Apa yang dimaksudkan dengan mengosongkan payudara adalah kerap menyusukan bayi atau memerah susu badan. Jika payudara kosong, susu akan dihasilkan semula dengan lebih cepat dan kembali memenuhi payudara.

5. MAKANAN PERANGSANG SUSU BADAN (MILKBOOSTER)
Makanan perangsang susu badan ini lebih terkenal dengan nama ‘milkbooster’. Terdapat pelbagai sumber makanan dan minuman yang boleh bertindak sebagai ‘milkbooster’. Anda perlu mencuba beberapa jenis makanan atau minuman dan menilai tahap penghasilan susu badan anda kemudiannya. Selain itu, anda juga boleh mengambil makanan tambahan (supplement) dalam bentuk pil, serbuk atau cecair yang terdapat di klinik/hospital sebagai perangsang susu badan.

6. BANYAKKAN MINUM AIR
Minumlah air sekurang-kurangnya 8-10 gelas atau 3 liter sehari. Air adalah ejen yang akan membantu dalam melancarkan proses pengeluaran susu badan. Kurangnya air di dalam badan akan menyebabkan kulit menjadi kering terutamanya kepada ibu menyusu yang sedang dalam proses memperbaiki sistem tubuh badan selepas melahirkan bayi.

7. TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU YANG BETUL
Kini anda sudah tahu bagaimana cara dan tips banyakkan susu ibu. Namun, tahukah anda, bagaimana cara penyusuan yang betul? Anda boleh merujuk kepada doktor yang arif dalam bidang penyusuan bayi atau pun daripada video yang khusus untuk mendidik para ibu menyusu bayi dengan betul

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...