Klinik Perubatan No 47, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Persiaran Sultan Abdul Hamid 3, 05050 Alor Setar, Kedah. H/P : 016-3880049
Wednesday, 2 January 2019
FORMULA 10B yang boleh diamalkan bagi mengurangkan stres.
" Alahai...letihnya kerja. Dah la tengah mengandung ni..tambah dengan morning sickness dan mood swing. Balik rumah kena masak pulak. Nak buat kerja rumah lagi. STRESS nyaaa akuuuuuu!!!!!!!!"
.
.
Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.
.
.
Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan terutamanya kepada wanita hamil, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan buruk, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.
.
.
Bagi mengatasi masalah ini, berikut adalah FORMULA 10B yang boleh diamalkan bagi mengurangkan stres.
Kaedah 10B ini adalah :-
1. Bertenang- dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.
2. Bernafas dengan dalam- boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.
3. Berkata `rilakslah’/ tak mengapa- cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu . Bawalah bersabar. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.
4. Beribadat- beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.
5. Bercakap dengan seseorang- apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.
6. Berurut- apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.
7. Berehat dan mendengar muzik- apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang.
8. Beriadah- ia dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.
9. Bersenam- dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.
10. Berfikiran positif- . cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.
Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.
www.evaemilyclinic.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?
SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...
-
Penat juga apabila asyik mual dan muntah ketika hamil ni. Apa kata akak-akak cuba 5 tips ni ! ..........................................
-
7 SEBAB BERLAKUNYA ‘SPOTTING’ & PENDARAHAN KETIKA HAMIL Punca berlakunya pendarahan ketika hamil biasanya bergantung kepada...
-
Makanan Ibu Hamil Agar Kulit Bayi Putih dan Bersih Ketika Lahir. . 1. Kelapa Jika di Indonesia, air kelapa dipercayai dapat membuat k...
No comments:
Post a Comment