Thursday, 31 January 2019

Vitamin; kenapa kita perlukannya?

‘Makanan membentuk badan kita’. Pernahkah anda mendengar ungkapan ini. Nabi Muhammad SAW pun pernah bersabda “Perut manusia itu tempat segala penyakit”.
.
Jadi kita sangat perlu menitik beratkan makanan yang dimakan. Antara zat makanan yang sangat baik untuk diambil adalah vitamin. Berikut adalah vitamin-vitamin yang sangat diperlukan badan dan sumber-sumber makanan yang mengandungi vitamin tersebut.
.
Jom kita lihat gambar-gambar di bawah👇🏼

Tuesday, 29 January 2019

KEPENTINGAN KALSIUM SEMASA HAMIL


Setiap kali check-up ibu mengandung, doktor mesti suruh ibu-ibu banyakkan minum susu kan? Untuk menambahkan kalsium dalam badan katanya. Tapi, adakah ibu-ibu tahu apa kepentingan kalsium atau hanya turutkan sahaja kata doktor?
.
Jadi, hari ini Ruby nak kongsikan sikit tentang kepentingan kalsium kepada ibu-ibu hamil di luar sana.
.
Kepentingan Kalsium untuk bayi dalam kandungan.
1. Menguatkan tumbesaran bayi dalam perut
2. Membantu perkembangan sistem saraf
3. Membantu bentuk otot-otot bayi
4. Menguatkan jantung bayi
Kepentingan kalsium untuk ibu mengandung.
1. Memperbanyakkan susu ibu
2. Menurunkan risiko obesiti selepas hamil
3. Saraf berfungsi dengan baik
4. Degupan jantung normal
5. Memudahkan pembekuan darah normal
.
Ibu-ibu dah tahu kan kenapa doktor sarankan untuk banyak minum susu? Tetapi kepada mereka yang tidak boleh/tidak lalu minum susu, anda boleh meminta doktor untuk memberi supplemen kalsium sepanjang tempoh kehamilan.

Setiap kali check-up ibu mengandung, doktor mesti suruh ibu-ibu banyakkan minum susu kan? Untuk menambahkan kalsium dalam badan katanya. Tapi, adakah ibu-ibu tahu apa kepentingan kalsium atau hanya turutkan sahaja kata doktor?
.
Jadi, hari ini Ruby nak kongsikan sikit tentang kepentingan kalsium kepada ibu-ibu hamil di luar sana.
.
Kepentingan Kalsium untuk bayi dalam kandungan.
1. Menguatkan tumbesaran bayi dalam perut
2. Membantu perkembangan sistem saraf
3. Membantu bentuk otot-otot bayi
4. Menguatkan jantung bayi
Kepentingan kalsium untuk ibu mengandung.
1. Memperbanyakkan susu ibu
2. Menurunkan risiko obesiti selepas hamil
3. Saraf berfungsi dengan baik
4. Degupan jantung normal
5. Memudahkan pembekuan darah normal
.
Ibu-ibu dah tahu kan kenapa doktor sarankan untuk banyak minum susu? Tetapi kepada mereka yang tidak boleh/tidak lalu minum susu, anda boleh meminta doktor untuk memberi supplemen kalsium sepanjang tempoh kehamilan.

Saturday, 26 January 2019

TANDA-TANDA SI MANJA YANG MENGALAMI JANGKITAN TELINGA.

Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Kebanyakan mereka akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya akan mengalami telinga bernanah yang kronik, kurang pendengaran dan menjadi lembap dalam pelajaran jika tidak mendapat rawatan secepatnya!!
.
Jadi, adalah penting untuk kita kenali TANDA-TANDA SI MANJA YANG MENGALAMI JANGKITAN TELINGA.











Friday, 25 January 2019

"Kenapa bayi saya menjadi kuning selepas sehari dua dilahirkan?? Bahaya tak kuning ni?"






Kuning (jaundis) sering berlaku kepada bayi yang baru lahir. Kulit bayi akan bertukar ke warna kekuningan yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.
Ianya bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.
Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
1) Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini TIDAK BERBAHAYA pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.
2) Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.
3) Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran.
Bagi bayi yang mengalami Jaundis berpanjangan, terdapat 2 jenis rawatan iaitu:
1. Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya. Janganlah dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus-menerus kerana ini membahayakan bayi anda.
2. Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak kepada bayi.
Rujukan artikel dari Portal Rasmi Myhealth KKM
www.evaemilyclinic.com

Wednesday, 23 January 2019

Kelahiran Pramatang



Kandungan yang mencapai 37 hingga 42 minggu dikira matang, manakala bayi yang dilahir SEBELUM 37 minggu ia dianggap kelahiran pramatang.
.
SEBAB-SEBAB UTAMA Kelahiran Pramatang (KP) masih belum dikenalpasti, akan tetapi lebih kurang 20% darinya adalah disebabkan oleh DOKTOR YANG TERPAKSA MENGELUARKAN (melahirkan) bayi itu awal dari waktunya (induksi). 
.
Ini SELALU TERJADI jika IBU MENGALAMI PENYAKIT-PENYAKIT YANG HANYA AKAN SEMBUH DENGAN BAYI ITU DILAHIRKAN (seperti darah tinggi, kencing manis dan IUGR).
.
Sukar untuk meramalkan pesakit mana yang boleh mendapat KP, tetapi ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang, diantaranya:
1. Sejarah KP dikandungan yang lalu/lampau
2. Mengandung kembar
3. Pernah menjalani pembedahan bahagian serviks
4. Struktur rahim yang tidak normal
5. Pendarahan rahim semasa mengandung
6. Penyalah gunaan dadah (heroin, ecstasy)
7. Menghisap rokok
8. Jangkitan kuman di pundi air kencing, rahim dan faraj
9. Berat badan yang terlalu ringan atau berat badan tidak
meningkat semasa mengandung.
10.Air ketuban yang terlalu banyak ( polyhydraminous)
11.Kurang darah merah (anemia) yang ketara semasa
mengandung
12.Mengandung terlalu kerap
13. Mengandung pada usia remaja.
14. Stres (fizikal dan psikologi) semasa mengandung.
.
Kelahiran pramatang merupakan satu keadaan yang kritikal. Ini kerana banyak komplikasi terhadap bayi. Organ-organ bayi yang masih belum matang akan lebih terdedah kepada banyak masalah yang boleh membawa maut kepada bayi.
.
Antara masalah-masalah tersebut adalah kesusahan untuk bernafas secara normal, kesejukan, kesukaran menyusu, masalah pada penglihatan, usus dan saraf otak bayi. Lagi kurang bulan bayi tersebut, lagi teruk tahap komplikasinya. Namun masalah ini dapat dikurangkan dengan adanya rawatan hospital pakar yang lengkap dengan perkhidmatan ICU kanak-kanak.

Monday, 21 January 2019

TANDA-TANDA PERTUMBUHAN GIGI dan juga CARA UNTUK MENGURANGKAN KETIDAKSELESAAN BAYI anda.


‘Baby Arfan ni kenapa selalu merengek nii…semua papa mama buat tak kena. Bagi menyusu, digigitnya breast mama. Air liur pun dok meleleh ni haa..sakit tekak ke?’
.
.
Rasanya Ruby tahu kenapa. Bayi anda mungkin nak tumbuh gigi tu. Sekitar enam bulan, gigi kecil mereka mula tumbuh apabila gigi susu mula muncul daripada gusi. Makin banyak yang akan tumbuh, jadi anda perlu mengenal pasti TANDA-TANDA PERTUMBUHAN GIGI dan juga CARA UNTUK MENGURANGKAN KETIDAKSELESAAN BAYI anda.
. 
Tanda-tanda pertumbuhan gigi untuk si manja anda termasuklah:
• Gusi bengkak atau kemerah-merahan di sekitar gigi
• Pipi yang kembung
• Air liur meleleh, menggigit dan mengunyah dengan kerap
• Kelihatan tidak tentu hala dan kenaikan suhu

.
Anda boleh mengurangkan ketidakselesaan bayi anda dengan:
• Berikan si manja anda gelang mengunyah. Ada yang boleh disejukkan di dalam peti sejuk agar gusi bayi anda lebih selesa. Sentiasa bersihkan dan sterilkan seperti botol susu dan puting. 
• Gosokkan gel pertumbuhan gigi bebas gula kepada gusi mereka 
• Berikan sesuatu yang sihat untuk dikunyah, seperti buah atau sayur-sayuran 
• Berikan mereka minuman sejuk yang bebas gula, atau air kosong. 

• Pada usia ini, si manja anda akan meletakkan apa saja ke dalam mulut mereka. Jadi, pastikan anda kerap membasuh tangan mereka dengan sabun yang sesuai dengan kulit bayi.

www.evaemilyclinic.com

Sunday, 20 January 2019

7 fakta menarik mengenai Fetal Kick




1. Tendangan bayi di dalam kandungan bermakna bayi itu membesar dengan normal dan sihat

2. Bayi tersebut sudah boleh memberi respon kepada rangsangan seperti bunyi atau makanan yang ibu-ibu makan.

3. Tendangan bayi bertambah kerap sekiranya ibu tidur mengiring. Ini kerana peredaran darah kepada bayi bertambah jika ibu berbaring secara mengiring.

4. Para ibu boleh merasa pergerakan/tendangan bayi seawal usia kandungan 9 minggu!!

5. Pengurangan frekuensi/bilangan 'fetal kicks' mungkin menandakan bayi anda dalam BAHAYA! Anda perlu menemui doktor untuk melakukan ultrasound dan CTG untuk mencari sebab kenapa bayi anda kurang bergerak.

6. Jangan terlalu risau jika pergerakan bayi berkurangan di fasa akhir kehamilan. Ini kerana saiz bayi yang bertambah besar menyebabkannya susah untuk bergerak di dalam rahim.

7. Pergerakan bayi mungkin menandakan 'perangainya' ketika kanak-kanak. Tetapi banyak lagi faktor lain yang mungkin mempengaruhi sikap anak itu.

www.evaemilyclinic.com

Thursday, 17 January 2019

Kenapa doktor syorkan saya bersalin secara pembedahan??



Pembedahan caesarean (juga dikenali sebagai c-section) adalah pembedahan di mana pakar obstetrik (perbidanan) membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan.
.
Antara SEBAB-SEBAB DOKTOR MENGESYORKAN ibu-ibu untuk memilih PEMBEDAHAN CAESAREAN berbanding bersalin secara vagina (normal) adalah:
1. Anda pernah bersalin secara pembedahan caesarean di mana insisi (belahan) di buat secara menegak ataupun sudah melalui pembedahan caesarean lebih dari sekali. Keadaan ini meningkatkan risiko untuk Rahim ‘koyak’ (uterine rupture) jika cuba bersalin secara normal.
2. Anda pernah menjalani apa-apa pembedahan Rahim seperti Myomectomy (pembedahan membuang fibroid) yang juga akan menyebabkan risiko koyakan rahim.
3. Terdapat lebih dari seorang bayi dalam kandungan anda!! (anda boleh melahirkan kembar dua dengan bersalin secara biasa tetapi bergantung pada umur kandungan dan posisi bayi) \
4. Bayi dalam kandungan anda bersaiz sangat besar (macrosomia)
5. Bayi anda dalam kedudukan songsang atau melintang.
6. Uri (plasenta) berada di kedudukan rendah ketika fasa terakhir kehamilan.
7. Laluan vagina terhalang, oleh fibroid/ketumbuhan lain yang besar dan menyebabkan bersalin secara normal hampir mustahil.
8. Kandungan anda dikenalpasti mempunyai kecacatan / ketaknormalan seperti kecacatan pada otak dan kepala, spinal cord (saraf tunjang) yang dipanggil Neural Tube Defects (NTD).
9. Ibu positif HIV dan ujian darah di akhir kehamilan menunjukkan bahawa anda mempunyai viral load yang tinggi.
Tetapi ibu-ibu jangan risaukan sangat dengan pembedahan caesarean ini kerana ia adalah pembedahan besar yang PALING BIASA di kalangan wanita. Oleh itu, tumpukan segala perhatian kepada diri dan kandungan anda supaya semuanya sihat dan biarkan doktor yang menguruskan semuanya untuk anda.

Wednesday, 16 January 2019

Adakah anak saya dah bersedia untuk ‘POTTY TRAINING’?


Anak anda sudah mencapai umur 2 tahun tapi masih lagi tidak dapat berpisah dengan lampin pada siang hari. Padahal ramai ibu-ibu lain memberitahu anda yang anak mereka sudah pun ‘kering’ sepanjang hari pada umur tersebut. Mungkin anda yang tidak sedar yang si kecil sudah bersedia untuk ‘meninggalkan’ lampin mereka.
.
Ibu-ibu nak tahu tak TANDA-TANDA ANAK ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK POTTY TRAINING? Sila lihat gambar-gambar di bawah😊
.
.
.
P/s: Tetapi perlu diingat yang setiap orang/bayi adalah berbeza dan anda perlu mengenalpasti bila masa yang sesuai untuk ‘potty training’ anak anda.


www.evaemilyclinic.com






Tuesday, 15 January 2019

Saya pregnant..Bolehkah saya drive kereta??


Jawapannya Boleh...tidak ada sebab untuk ibu-ibu hamil tidak boleh memandu. Tetapi jika ada keadaan seperti mabuk kehamilan dan kerap muntah-muntah, mungkin anda perlu mempertimbangkannya semula. Takut-takut hilang fokus pula semasa memandu.
.
Di bawah adalah beberapa TIPS UNTUK IBU HAMIL MEMANDU KERETA DENGAN LEBIH SELESA.
1. Cuba cari kedudukan yang selesa semasa memandu. JIka sakit belakang, cuba letak kusyen atau gulungan tuala di bahagian belakang pinggang.
2. Berehatlah sekurang-kurangnya 90 minit selepas memandu. Duduk buat masa yang panjang akan membuatkan kaki dan buku lali anda bengkak ditambah lagi dengan betis yang kejang.
3. Semasa berehat, anda digalakkan untuk berjala-jalan dan regangkan kaki. Luruskan kaki, didahulukan dengan tumit, dan lenturkan tapak kaki untuk meregangkan otot betis.
4. Pastikan anda bawa banyak snek sihat dan minuman untuk anda kunyah semasa dalam perjalanan. Ini dapat menambah tenaga dan lebih fokus semasa memandu.
5. Pakai pakaian dan kasut yang selesa. Pakaian perlulah longgar dan tidak menjerut mana-mana bahagian badan supaya peredaran darah lebih lancar.
6. Baby bump dah besar..kena pakai jugak ke tali pinggang keledar? Of course..YES! Itu adalah undang-undang. Cara-cara yang betul adalah:
*Pakai bahagian riba tali pinggang dengan cara ia terletak pada paha iaitu di bawah perut.
*Bahagian bahu tali pinggang pula haruslah terletak merentasi tulang selangka dan di antara payudara.
7. Apabila perut anda semakin membesar dan terlalu dekat dengan stereng, anda mungkin lebih selesa orang lain yang memandu😁
Semoga ibu-ibu yang hamil dan kerap memandu kereta dapat manfaat dari artikel ini. Selamat mencuba!!

Sunday, 13 January 2019

KESAN MEROKOK/MENGHIDU ASAP ROKOK KEPADA IBU HAMIL



'ADAKAH ASAP ROKOK BERBAHAYA PADA IBU HAMIL WALAUPUN MEREKA TIDAK MEROKOK??' IBU-IBU TAKE NOTE YA!!
.
Bermula 1 Januari 2019, semua tempat makan diwartakan sebagai Tempat Dilarang Merokok. Pindaan ini adalah bertujuan untuk melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.
.
Pendedahan kepada asap rokok basi (secondhand tobacco smoker) kepada golongan bukan merokok terutamanya kepada ibu mengandung akan mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada kedua-dua ibu dan janin. Apakah kesan buruk yang kita sangat takut tu?
.
Jom kita lihat di bawah
Kesan pada ibu:
1. Susah nak mendapatkan zuriat
2. Uri senang terpisah daripada rahim menyebabkan pendarahan yang serius
3. Kedudukan uri di bawah (menutupi serviks) dan menyebabkan komplikasi ketika bersalin.
4. Air ketuban pecah terlalu awal
5. Kandungan luar rahim (ectopic pregnancy)
Kesan pada Janin:
1. Bayi lahir terlalu kecil
2. Bayi lahir pramatang
3. Kematian mendadak pada bayi yang berusia di bawah 1 tahun (SIDS)
4. Bayi mati semasa dilahirkan
5. Bayi Sumbing
6. Kelak, bayi tersebut berisiko tinggi untuk mendapat asma dan jangkitan kuman di telinga.
.
Oleh itu, ibu-ibu hamil perlu cakna dengan isu ini dan menjauhkan diri daripada merokok/menghidu asap rokok. Kepada perokok-perokok, tolong merokok jauh daripada orang ramai yaa...😙

Saturday, 12 January 2019

Adakah anak anda tengah mengalami Alergi Susu?




Alergi susu (dikenali sebagai alahan tenusu atau alahan susu lembu) adalah tindak balas imun terhadap protein dalam susu lembu.
.
Susu lembu mengandungi protein yang dipanggil kasein (αs1-, αs2-, β- dan κ-) dan protein whey (dadih susu) (α-lactalbumin dan β-lactoglobulin) yang merupakan alergen (penyebab alergi) utama dalam susu. 
.
.
Antara simptom Alahan Susu adalah:
1. Ruam kulit gatal di sekeliling mulut dan seluruh badan, ekzema
2. Bengkak pada muka
3. Sakit perut dan kekejangan, colic (bayi), muntah, cirit-birit atau najis yang mengandungi darah
4. Batuk, mata berair dan hidung berair, berdehit
5. Anafilaksis (tindakbalas seluruh badan seperti bengkak bibir/lidah, pernafasan tidak normal dll) adalah reaksi paling teruk yang boleh mengancam nyawa. Pesakit akan diberi suntikan adrenalina.
.
Dapatkan nasihat doktor anda untuk mendiagnos simptom alahan susu kerana tanda-tanda ini juga biasanya timbul dalam penyakit lain. Semoga post ini bermanfaat kepada semua!!😊

Thursday, 10 January 2019

APA YANG BOLEH SAYA BAGI BAYI SAYA MAKAN KETIKA SUDAH CUKUP UMUR 6 BULAN?

Pejam celik-pejam celik dah besar baby Riana nih. Dah umur 6 bulan...Nampak macam dah boleh perkenal makanan lain selain susu. Nak bagi apa ya selain bubur nasi??
Apabila bayi berumur 6 bulan, mereka sudah bersedia untuk menerima makanan yang lembut selain daripada susu badan/formula. Ini seiring dengan tumbesaran mereka yang semakin meningkat.
.
Ibu-ibu nak tahu tak makanan apa yang sesuai untuk si manja? Jom kita tengok di bawah👇🏼

Wednesday, 9 January 2019

Rahim Jatuh (Uterine Prolapse)



RAHIM JATUH !!😱😱
.
Pernahkah akak-akak dengar tentang Rahim Jatuh??
.
Rahim Jatuh atau Uterine Prolapse berlaku apabila otot dan ligamen di lantai pelvis menjadi lemah dan tidak mampu lagi menyokong rahim. Jadi, rahim akan 'jatuh' atau di dalam kes yang lebih advanced, terkeluar dari vagina!
.
Keadaan ini boleh terjadi kepada wanita di semua peringkat umur tetapi selalunya ia terjadi kepada wanita yang sudah menopause.
.
Antara tanda-tanda 'Rahim Jatuh' adalah
1. Rasa berat di bahagian pelvis
2. Ada sebahagian tisu/organ rahim terkeluar dari vagina
3. Masalah ketika buang air kecil seperti kehilangan kawalan membuang air kecil (inkontinen urin) dan kencing tak lawas.
4. Masalah ketika membuang air besar seperti sembelit dan sebagainya
5. Masalah seksual seperti rasa sakit ketika bersama suami.
.
Cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor sakit puan untuk mendiagnos keadaan rahim anda sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas. Ini supaya anda boleh dapatkan rawatan yang terbaik dan kembali sihat seperti sediakala.

www.evaemilyclinic.com

Tuesday, 8 January 2019

8 Pantang Larang Ibu Mengandung. Tolong elakkan!!






Perkembangan janin di dalam rahim ibu sangat di pengaruhi oleh apa yang dilakukan oleh ibu mengandung termasuklah apa yang dimakan. Banyak perkara yang sangat baik untuk dilakukan semasa hamil, tetapi tahukah para ibu ada juga perkara yang AMAT DILARANG untuk dilakukan??
.
Ruby nak kongsikan sedikit kepada para ibu ‘8 Pantang Larang yang Ibu Mengandung perlu elakkan’. Semoga para ibu dapat memanfaatkannya!! J

1.,  Makanan Mentah
Makanan dari ikan mentah seperti sushi, daging setengah masak & adunan kuih yang masih mentah mengandungi bakteria, virus, dan parasit yang lebih banyak sehingga mengganggu perkembangan janin. Ada baiknya anda mengambil makanan tersebut dengan memasaknya dengan sempurna untuk mengelakkan risiko kesihatan.
2.  Ikan dengan Kandungan Merkuri
Kita mesti memilih dengan teliti kerana ada spesies ikan yang mengandungi merkuri & tidak baik untuk kesihatan kita & janin. Kebanyakan ikan laut yang tercemar dengan merkuri adalah dari lautan dalam. Contoh ikan yang mengandungi jenis merkuri tinggi adalah Ikan mackerel, Ikan todak, tilefish dan ikan Marlin

3. Makanan Penyebab Alahan
Kita mesti elakkan jenis makanan yang menyebabkan alahan contohnya seperti kekacang atau produk olahannya. Tak kiralah ketika hamil atau semasa menyusu kan anak anak

4.Minuman beralkohol
Minuman keras / beralkohol akan menghalang penerimaan khasiat makanan & oksigen yang diperlukan janin akan tersekat. Minuman beralkohol yang diambil oleh ibu semasa mengandung akan memberi kesan buruk pada kemampuan otak janin. Anak yang dikandung akan berisiko tinggi terjejas fizikal & IQ nya.
5. Makanan & minuman berkafein
Ini kerana, kandungan kafein yang terdapat di dalam minuman seperti kopi, minuman pemberi tenaga & lain lain boleh menyebabkan risiko keguguran & bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah. Kafein mengganggu penyerapan vitamin semasa mengandung. Malah dalam keadaan yang lebih serius akan menyebabkan kematian bayi semasa dilahirkan.


6. Kalori yang berlebihan
Bila kita sedang mengandung, badan memang memerlukan tambahan kalori tetapi dalam kuantiti yang cukup & seimbang. Ini untuk mengelakkan masalah berat badan berlebihan / obesiti semasa kita sedang hamil. Ibu hamil yang mengalami obesiti sebelum mengandung akan meningkatkan risiko bayi lahir dengan berat badan tinggi atau terkena diabetes semasa hamil.
7. Merokok
Tabiat merokok yang diteruskan sepanjang ibu mengandung akan menyebabkan bayi dilahirkan dengan keadaan berat kelahiran yang rendah. Keadaan seperti ini tidak baik untuk bayi kerana boleh menyebabkan kanak-kanak tidak mampu belajar di masa depan.

8. Susu yang tidak dipasteur
Susu mentah belum dipasteur tidak digalakkan diminum oleh ibu mengandung. Pempasteuran yang dilakukan bertujuan untuk menghapuskan bakteria jahat dengan menggunakan suhu tinggi. Apabila kita mengambil susu atau produk olahannya, sangat perlu lebih teliti dan berhati-hati. Susu yang tidak dipasteur berisiko mengandungi bakteria listeria yang akan meningkatkan risiko keguguran dan penyakit serius.

www.evaemilyclinic.com


Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...