Saturday, 30 June 2018

MORNING SICKNESS / LOYA .

.
mai ruby nak share
.
.
10 CARA MENGATASI LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk melegakan rasa loya, mual, dan muntah ketika hamil dengan menggunakan bahan semulajadi.

1. MAKAN DALAM KUANTITI KECIL
Jika selama ini kita biasa makan 3 hidangan utama setiap hari, mungkin anda boleh memecahkannya kepada 5 hidangan yang lebih kecil.
Apabila makan sedikit demi sedikit, perut akan berasa lebih lega dan tidak terlalu penuh sehingga menyebabkan mual dan muntah.
2. ELAK MAKANAN PEDAS DAN BERLEMAK
Tidak dinafikan ada sesetengah ibu yang minat memakan pedas, berempah, dan berlemak. Tapi, cuba hadkan pengambilan makanan seperti ini kerana ia boleh memicu rasa mual dan ketidakselesaan pada perut.
Jika anda kerap termuntah, cuba makan makanan kering seperti biskut dan roti kosong. Makanan sejuk dan kurang berbau juga biasanya dapat membantu.

3. JANGAN ‘SKIP’ SARAPAN
Salah satu tabiat yang perlu dielakkan jika anda kerap muntah ketika hamil adalah mengelakkan sarapan. Ambillah sedikit sarapan walaupun sekeping roti ataupun biskut kering. Perut yang kosong boleh menyebabkan anda berasa lemah selain menjadikan perut mudah dimasuki angin.

4. SNEK SIHAT
Jika anda kurang berselera memakan makanan berat, pastikan anda mendapatkan khasiat yang baik melalui snek sihat. Pilihan terbaik semestinya buah-buahan segar dan salad kerana ia bukan saja berkhasiat, tetapi ia juga mengurangkan rasa mual dan loya.
Selain itu, ibu hamil boleh mengambil buah-buahan kering seperti kurma, aprikot, buah tin, kismis, dan pelbagai pilihan kekacang seperti kacang almond, pistachio, walnut, atau badam sebagai kudapan. Tapi, elakkan daripada memakan snek yang ditambah dengan gula atau garam ya!

5. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Minum lebih banyak air kosong untuk mengimbangi dehidrasi, terutama ketika anda mula terasa mual dan loya.
Jika tidak dapat menelan air kosong, cuba minum jus buah-buahan segar yang dibuat sendiri tanpa gula berlebihan.

6. TEH HALIA
Selain air kosong atau jus, anda boleh juga meminum teh herba seperti teh halia atau pudina yang akan memberi efek menyegarkan.
Namun, jangan ambil secara berlebihan dan elakkan herba sebarangan. Baca dahulu labelnya kerana sesetengah herba tidak sesuai untuk diminum oleh wanita hami

7. MENGHIDU MINYAK AROMATERAPI
Apabila hamil, deria bau wanita biasanya akan menjadi lebih sensitif dan ia boleh menjadi salah satu punca mual serta loya.
Oleh itu, minyak angin atau minyak aromaterapi dapat membantu anda untuk mengurangkan sensitiviti terhadap bau-bauan yang tidak dapat diterima oleh anda.

8. ALIHKAN PERHATIAN
Cuba alihkan perhatian dan jangan terlalu memikirkan tentang perasaan loya, mual dan muntah ketika hamil.
Sibukkan diri dan ‘set’kan sasaran anda sebelum tidur supaya anda mempunyai jadual tertentu yang perlu dipenuhi.

9. HIRUP UDARA SEGAR
Dapatkan udara segar yang secukupnya. Berjalan-jalanlah di taman pada waktu awal pagi dan petang, terutamanya pada hujung minggu.
Buka langsir dan kipas sekiranya anda bekerja dalam ruang pejabat.
Elakkan memakai baju yang sendat tudung yang terlalu banyak lapisan kerana ia boleh mengganggu pengaliran udara dan menjadikan anda tidak selesa.

10. DAPATKAN REHAT YANG CUKUP
Akhir sekali, elakkan stres dan pastikan anda mendapat rehat secukupnya untuk menampung keperluan tubuh yang bekerja ‘lebih masa’. Cuba jadualkan waktu tidur siang sebagai salah satu cara untuk mengembalikan tenaga dan menghilangkan rasa letih setiap hari
.
.
ruby
.
.
www.evaemilyclinic.com

Friday, 29 June 2018

teknik semulajadi yang ibu boleh lakukan untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses bersalin

Terdapat beberapa teknik semulajadi yang ibu boleh lakukan untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses bersalin iaitu;

😍Ibu perlu kerap bergerak seperti berjalan kerana pergerakan yang banyak akan membantu menguatkan kontraksi dan membantu mempercepatkan proses kelahiran. Elakkan kerap berbaring. Kalau kat dalam wad pun ibu perlu banyakkan bergerak, kerana ia memang sangat membantu berbanding hanya berbaring di katil.

😍Jika ibu terasa tidak larat untuk berjalan, ibu boleh menukar ke posisi yang lebih selesa ketika di atas katil.

😍Seboleh-bolehnya kerapkan membuang air kecil kerana pundi kencing yang penuh akan menghalang penurunan kepala bayi sekaligus melambatkan proses kelahiran.

😍Sekiranya sakit kontraksi datang, gunakan teknik pernafasan untuk mengurangkan kesakitan. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan menghembuskannya melalui mulut, kalau boleh ketika hembus tu buatlah bunyian seperti “huuuhhhh” atau “aaahhhhh”. Ianya memang sangat membantu memberikan rasa tenang sekaligus mengurangkan rasa sakit.

😍Ibu boleh mandi menggunakan air suam. Air suam akan memberikan ibu perasaan yang tenang sekaligus mengurangkan keperluan untuk mengambil ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran.

😍Minta suami anda untuk memberikan urutan di bahagian pinggul serta bahagian yang ibu rasakan sakit atau lenguh akibat menahan sakit kontraksi.

😍Semasa kontraksi, gerakkan punggung dan membongkok ke depan untuk membantu rahim menolak bayi ke saluran peranakan dengan betul.

😍Cuba dengar bacaan surah-surah Al-Quran atau muzik yang menenangkan serta makan atau minum jika perlu, namun bergantung kepada hospital bersalin anda.
.
.
www.evaemilyclinic.com

Wednesday, 27 June 2018

Cara mempercepatkan kehamilan



Tips meningkatkan kesuburan suami *

#1 – Amalkan memakan buah Betik
Buah betik kaya dengan Vitamin C dan merupakan antioksida yang baik untuk tubuh badan. Buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan Vitamin C di dalam badan boleh mengurangkan tahap kesuburan sperma. Mengambil sebanyak 500mg Vitamin C setiap hari amatlah digalakkan.

#2 – Banyakkan pengambilan Zink
Mineral Zink dikatakan mampu mengaktifkan serta meningkatkan kualiti sperma. Ini adalah kerana, mineral ini dijumpai paling banyak di dalam sperma. Makanan sumber zink adalah daging merah, bijirin dan kekacang, makanan laut, prosuk tenusu dan boleh diambil dalam bentuk suplemen.

#3 – Berhenti Merokok
Merokok didapati mampu merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kelajuan sperma untuk sampai ke telur. Merokok juga boleh membunuh Vitamin C di dalam badan sekaligus mengurangkan kualiti sperma yang terhasil. Kalau suami kaki rokok, pastikan suami mengambil Vitamin C lebih tinggi berbanding lelaki biasa.

#4 – Pastikan kebersihan makanan yang diambil
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar sangat digalakkan. Akan tetapi, racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada buah dan sayuran mampu menjejaskan tahap kesuburan. Pastikan buah dan sayuran dibasuh sempurna sebelum dimakan.

#5 – Minum banyak air kosong
Pengambilan air kosong sebanyak dua hingga tiga liter sehari dikatakan mampu meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma.

* Tips Meningkatkan Kesuburan Isteri *

#1 – Kawal berat badan
Usahakan untuk mendapat berat badan yang ideal. Obesiti boleh menganggu pengeluaran telur.

#2 – Jaga pemakanan
Elakkan mengambil makanan dan minuman yang tidak menyihatkan seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman berkarbonat dan minuman beralkohol. Banyakkan mengambil makanan bernutrisi terutama yang tinggi yang kaya dengan asid folic, Vitamin C dan B-Complex.

#3 – Berhati-hati dalam mengambil ubat-ubatan
Kebanyakan ubat seperti anti-kemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik akan memberi kesan kepada tahap kesuburan. Oleh itu, cuba elakkan mengambil ubat-ubatan jika merancang untuk hamil dan berbincanglah dengan doktor.

#4 – Periksa rahim anda
Masalah rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Sekiranya ada tanda-tanda seperti haid yang tidak teratur, sengugut teruk, haid yang banyak, sakit perut yang melampau, segeralah berjumpa doktor.

#5 – Amalkan senaman berkala
Bersenam secara tetap dan teratur. Ia bukan sahaja menyihatkan namun membantu mengekalkan berat badan ideal.
.
.
.
www.evaemilyclinic.com

Tuesday, 26 June 2018

Perut gatal tak tertahan sepanjang tempoh hamil ?


Mesti ramai gatal di bahagian perut semasa 7bulan ke atas dah kan..
.
.
.
ibu hamil nk mengelak dari gatal yg tak tertahankan
.
.
.
mai kita usya wall ni
.
.
Kondisi yang paling sering dikeluhan oleh ibu hamil adalah rasa gatal yang tak tertahankan di sekitar kulit. Namun Anda tak perlu khawatir, kulit gatal saat hamil adalah hal yang umum terjadi.
Menurut dr. Sara Elise Wijono MRes, kulit gatal saat hamil disebabkan oleh meningkatnya suplai darah (sirkulasi) ke kulit, perubahan hormon, ataupun peregangan kulit.
Kulit gatal saat hamil umumnya tidak berbahaya, kecuali jika keluhan yang terjadi disertai dengan bentol-bentol, rasa gatal semakin menggila, dan terjadi di seluruh bagian tubuh. Terlebih, jika keluhan disertai gejala kuning pada kulit atau mata.
Gatal dengan ciri khas tersebut dapat disebabkan oleh gangguan hati. Meski tidak memengaruhi kondisi sang ibu, gatal akibat gangguan hati dapat berdampak buruk pada janin dalam kandungan.
Untuk itu, lakukanlah pendeteksian dini dengan pemeriksaan fungsi hati di laboratorium, termasuk pemeriksaan kadar asam empedu dalam darah. Jika hasilnya normal, berarti gatal-gatal yang terjadi saat hamil merupakan gejala normal.
Cara mengatasi kulit gatal saat hamil
Kulit gatal saat hamil dapat sangat mengganggu. Malah, gatal yang tak kunjung usai tersebut bisa saja membuat ibu hamil merasa depresi dan stres.
Maka itu, agar keluhan tidak menyeret Anda pada kondisi tersebut,cobalah untuk melakukan kiat berikut ini:
-Hindari mandi menggunakan air panas. Ini dapat menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal bertambah.
-Gunakan pelembap khusus. Pastikan pelembap yang digunakan tidak mengandung bahan pewangi.

-Gunakan pakaian yang lebih tipis. Hindari terlalu lama berada di bawah terik matahari, karena panas dan keringat dapat menyebabkan gatal menghebat.

-Jangan menggaruk daerah yang gatal.

-Oleskan baby oil pada daerah-daerah yang gatal. Kulit kering merupakan salah satu faktor risiko gatal.

Jika kiat di atas belum mampu mengatasi kulit gatal saat hamil, Anda dapat mengonsumsi obat oral antihistamin untuk meredakan gejala. Selain itu, pastikan Anda melakukan pemeriksaan berkala ke dokter.
.
.
.
ruby
.
.
www.evaemilyclinic.com

Monday, 25 June 2018

Tips kekal sihat sepanjang hamil walaupun berat berlebihan



tips kekal sihat sepanjang hamil walaupun berat berlebihan

😉Jangan skip sarapan
Mulakan hari dengan sarapan yang sihat. Sarapan perlulah seimbang dan mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. Mengambil sarapan akan membuatkan ibu bertenaga dan selesa sepanjang hari.

😉Makan sedikit
Makanlah dalam jumlah yang sikit tetapi kerap. Sebaiknya makan 6 kali sehari berbanding 3 kali makan utama. Ini akan membantu mengawal gula di dalam darah.

😉Protein
Pastikan setiap hidangan mengandungi protein dan elakkan makanan yang dihasilkan daripada gula halus dan tepung putih. Ia berupaya membantu menstabilkan paras gula di dalam darah dan mengurangkan rasa lapar.

😉Buah dan sayur
Ibu boleh berkreativiti dalam menyediakan hidangan buah dan sayur. Ibu boleh membuat salad dengan mencampurkan sayur, telur dan buah serta sos yang enak. Aya dah try satu sos salad ni memang sedaplah, hingga anak yang tak suka sayur boleh minta maknya ni buatkan salad. Cuba tau 😀

😉Lemak baik
Gunakan minyak seperti minyak kanola, minyak kacang tanah atau minyak zaitun menggantikan minyak kelapa sawit dalam masakan. Ia akan membantu mengawal jumlah kalori harian dan mengelakkan lemak jahat meningkat di dalam badan.

😉Asid Folik
Utamakan folat dalam pemakanan seharian. Berdasarkan kajian, ibu berbadan besar memerlukan lebih asid folik. Oleh itu, amatlah penting agar ibu mengambil sama ada suplemen atau makanan mengandungi asid folik yang tinggi seperti brokoli.

 😉Diari makanan
Amalkan mencatat apa jua yang ibu makan di dalam buku khas atau di dalam telefon pintar anda. Ini dapat membantu ibu mengenalpasti jumlah kalori yang diambil setiap hari dan mengetahui mood serta mudah jika ditanya oleh doktor kelak.
.
.
ruby
.
.
www.evaemilyclinic.com

Sunday, 24 June 2018

MAKANAN YANG BAIK UNTUK BABY




#1. Madu
Makanan yang sangat berkhasiat yang juga dikenali sebagai makanan penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, D, K, E, mineral seperti zat besi, zink. Selain itu ia juga mengandungi protein, hormon, antiseptik dan enzim yang mampu meningkatkan daya ingatan dan kecergasan mental.

#2. Kismis
Kismis kaya dengan zat besi yang sangat penting untuk membina darah agar bekalan oksigen cukup untuk disalurkan ke otak. Darah mengangkut kesemua nutrisi yang penting agar sampai ke tempat yang diperlukan. Oleh itu, darah yang mencukupi membantu dalam pembentukan otak anak yang genius.

#3. Telur
Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak kerana mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, magnesium, kalium, sulfur, natrium, zat besi, fosforus, air dan bahan-bahan aktif. Telur ayam yang terbaik adalah telur ayam kampung, tetapi telur yang mengandungi omega dan selenium juga tidak kurang baiknya untuk kepintaran anak.

#4. Susu Segar
Susu segar mampu meransang otak, membekalkan tenaga dari segi mental dan fikizal, menajamkan fikiran dan menguatkan ingatan. Susu adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat serta memenuhi 6 kumpulan makanan yang diperlukan tubuh badan dan otak seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air. Susu yang terbaik untuk genius adalah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar.

#5. Buah Delima
Buah ini juga mampu berfungsi sebagai penerang hati. Menurut kajian, mengamalkan jus buah delima ketika kehamilan membantu melindungi otak bayi ketika proses kelahiran. Buah delima juga bermanfaat kepada kulit bayi. Ia juga tinggi dengan asid folik untuk elak kecacatan tiub saraf bayi.

#6. Kurma
Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan vitamin E. Jus kurma mampu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu dalam tumbesaran bayi sekaligus minda yang sihat.

#7. Labu
Labu kuning kaya dengan Vitamin A, C, K, zat besi dan protein untuk menambah keupayaan fizikal dan otak bayi. Labu bagus dimakan oleh ibu hamil dan juga apabila bayi berusia 6 bulan, ia juga menjadi pilihan makanan yang terbaik buat bayi kerana kaya dengan serat.

#8. Kekacang
Kekacang juga sangat elok dimakan oleh ibu hamil untuk meningkatkan perkembangan genius otak bayi. Kekacang seperti kacang hijau, kacang merah dan soya. Kekacang ini dipercayai memberi kesan kepada kecerdasan otak kerana mengandungi protein, karbohidrat, Vitamin B1, B2, Kalsium, asid folik, omega 3 dan omega 6 yang sangat penting dalam pembentukan otak bayi.

#9. Sayur-sayuran
Sayur-sayuran segar dan buah-buahan kaya dengan vitamin yang terpelihara. Vitamin dan mineral yang ada di dalam sayur dan buah amat penting untuk pembentukan otak bayi.
.
.
.
.

Saturday, 23 June 2018

KEBAIKAN URUT TAPAK KAKI.

PINJAM MINYAK BABY..URUT TAPAK KAKI IBU 😍

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum..
Mari kita berkongsi ilmu sikit pagi ni.. Semoga Allah memberkati rezeki kita 😊😊

Urut tapak kaki sebelum tidur dan rasai kesannya apabila bangun esok pagi. Tag suami/isteri anda, minta tolong urutkan mulai malam ini. Jom...!
.
1. Melancarkan Aliran Darah
.
Urutan di tapak kaki secara teratur dan konsisten mampu melancarkan aliran darah secara optimum. Selain itu, aliran darah yang baik dan lancar membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan pengumpulan kolestrol dan lemak dalam darah. Kepada pesakit diabetis, urutan pada kaki sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur membantu dalam proses penyembuhan.
.
2. Mengatasi Masalah Migrain 
.
Anda punyai masalah migrain atau sakit kepala? Kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan serta menekan bahagia tertentu pada tapak kaki mampu memulihkan beberapa penyakit termasuk migrain.
.
3. Menurunkan Tekanan Darah
.
Satu lagi manfaat luar biasa dengan mengurut tapak kaki sebelum tidur adalah menurunkan tekanan darah. Bukan sahaja menurunkan tekanan darah malah urutan yang lembut di kaki akan membantu menyegarkan tubuh menjadikan diri lebih tenang dan santai. Terdapat kajian di mana ia menyatakan bahawa mengurut tapak kaki selama 10 minit sebelum tidur membantu tubuh merembeskan hormone yang mencetuskan perasaan cemas serta membantu mengatasi masalah lain termasuklah tekanan darah tinggi.
.
4. Memulihkan Hubungan Intim Bersama Pasangan
.
Mengurut tapak kaki dengan menggunakan minyak aromaterapi beserta alunan muzik yang mendamaikan mampu memberi ketenangan kepada tubuh dan emosi. Di saat ini pastinya menjadikan diri dan pasangan lebih bersedia untuk hubungan intim yang lebih baik. Urutan yang tepat di tapak kaki dipercayai mampu meningkatkan keinginan seksual seseorang.
.
5. Menurunkan Risiko Menopause
.
Mengurut tapak kaki sangat baik untuk kaum wanita. Menurut kajian, aktiviti mengurut tapak kaki mampu melambatkan risiko menopause. Ia sangat baik untuk mengatasi masalah sembab atau bengkak kaki semasa mengandung. Oleh itu, kaum bapa yang macho dan gentleman, urut dan sila manjakan isteri anda.
.
Alhamdulillah sedikit perkongsian yang dipetik dari mediakesihatan. com, beberapa faedah mengurut tapak kaki yang mungkin kita tidak pernah tahu sebelum ini.

Semoga info ini memberikan manfaat dan juga agar kita diberikan kesihatan yang maksima serta dijauhkan dari pelbagai jenis penyakit yang menanti tanpa mengenal usia mahupun keturunan.

Sambil2 letakkan MINYAK TENANG ANAKANDA pada baby sebelum tido... Bole la picit sikit letak kat kaki kita ☺☺☺
.
.
.

Friday, 22 June 2018

Wanita Hamil Perlu Tahu Keputihan atau Kandidiasis Vagina





Kandidiasis vagina adalah sejenis jangkitan faraj yang biasa berlaku pada wanita, namun ia lebih kerap dialami semasa kehamilan.
Ia berpunca daripada sejenis kulat yang dipanggil ‘Candidaalbicans’. Penyakit ini juga dikenali sebagai vaginitis monilia, jangkitan yis atau keputihan.

Wanita lebih berisiko mengalami kandidiasis (keputihan) sekiranya:
1. Wanita hamil, tahap sejenis gula yang dipanggil glikogen meningkat dalam faraj, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
2. Memakai pakaian ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar sendat dan seluar dalam nilon.
3. Memakai mandian buih yang wangi atau pelapik seluar yang berbau harum.
4. Mengambil antibiotik. Antibiotik boleh menjejaskan keseimbangan mikroorganisma baik dan tidak baik dalam perut.
5. Penghidap kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik

Walaupun kandidiasis vagina tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin, anda boleh mendapatnya selepas anda melakukan hubungan seks dengan seseorang yang sudah dijangkiti.
.
.

Thursday, 21 June 2018

Nak baby cerdik pandai?





Nak baby cerdik pandai?



Buat 8 perkara ni

1. Beri respon kepada tangisannya. Ia membantu bayi rasa selamat, tenang, dan disayangi

2. Biar bayi percayakan anda, jangan bersikap acuh tak acuh melayannya

3. Urutan bayi akan mengurangkan stress dan menjadikan bayi lebih segar

4. Bercakap dengan bayi dalam nada suara tinggi yang ceria

5. Bila bayi menunjukkan sesuatu, pastikan anda melihatnya. Joint attention buat bayi rasa dia penting kepada anda

6. main permainan berulang-ulang dan melibatkan pergerakan ringkas seperti ucakkk peekabooomm 😅

7. Suasana selamat untuk bayi bermain bagi menggalakkan spatial learning

8. Nyanyian - dia dapat belajar menyesuaikan pergerakan badan dan bunyi serta kecekapan motor halus dan kasar

Ruby

www.evaemilyclinic.com


Tuesday, 12 June 2018

Ovarian Cyst Dan Ketidaksuburan


‘ruby, kak dah kawin 2 tahun tapi belum hamil. Baru2 ni kak ada buat pemeriksaan kesuburan, dr kata kak ada cyst dkt ovary.. kak risau, kalau cyst kak tu besar mesti kak susah nak hamil” 😰

OVARIAN CYST DAN KETIDAKSUBURAN

Ovarian cyst biasa dihadapi oleh wanita, kebanyakkan dikesan ketika pemeriksaan ultrasound. Adakah ovarian cyst ni mengganggu kesuburan?

Ovarian cyst ni sebenarnya adalah kantung yg mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovary. Cecair ni boleh jd cair macam air, pekat, atau mengandungi tisu-tisu seperti rambut. Saiz juga bebeza.

Ovarian cyst yg normal akan membesar, dan pecah utk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yg pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar.

Ada beberapa ovarian cyst yg boleh mengganggu kesuburan

  • Endometriomas (cyst yg disebabkan oleh endometriosis)
  • Polycystic ovarian cyst (terdapat beberapa cyst yg kecil pada kilang telur ovary, kehadiran haid yg tidak teratur dan kadar kandungan hormone tertentu yg tinggi dalam darah.



Cyst yg tidak mengganggu kesuburan 

  • Functional cyst (cyst yg terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yg menandakan seseorang wanita tu subur)
  • Cystadenomas (cyst ini berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovary, jadi ia tidak menggangu kesuburan)
  • Dermatoid cyst (cyst ini mengandungi beberapa tisu seperti kulit, rambut. Ia dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan .

Jadi untuk wanita yg ragu2 mengenai cyst, eloklah dapatkan pandangan dan nasihat dari doctor

Ruby
www.evaemilyclinic.com

Monday, 11 June 2018

Kerap Membuang Air Kecil Semasa Hamil



“kenapa saya kerap membuang air kecil semasa saya hamil?

Kerap membuang air kecil adalah ciri-ciri utama kehamilan. Ini biasa berlaku terutamanya dalam trimester pertama dan ketiga. Malah, ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda awal kehamilan yang biasa. Ia adalah sebahagian daripada perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda.

Apabila bayi dalam kandungan anda semakin membesar, badan anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, tetapi pundi kencing anda pula semakin mengecut. Oleh itu, walaupun pundi kencing anda kosong, tekanan yang diterimanya akan membuatkan anda merasa seperti ia penuh. Anda akan mengalami perkara ini terutamanya pada hujung kehamilan apabila kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir.

Anda juga mungkin mempunyai masalah mengosongkan pundi kencing, menyebabkan anda terpaksa pergi ke tandas berulang kali.

Adakah apa-apa cara untuk mengurangkan berulang ke tandas?

  • Jangan cuba kurangkan jumlah air yang anda minum. Anda sepatutnya minum enam hingga lapan gelas minuman sehari, yang mana kebanyakannya sepatutnya adalah air. Pengurangan cecair boleh menyebabkan nyahhidrat, dan anda perlu minum dengan banyak untuk membantu pengaliran nutrien kepada bayi anda. 
  • Anda boleh cuba minum hanya sedikit dalam masa satu atau dua jam sebelum tidur untuk mengurangkan berulang ke tandas pada waktu malam. 
  • Tukar seluar dalam dengan kerap atau memakai panty liner untuk mengelakkan infeksi pada saluran urin akibat kekerapan pembuangan urin.


Sekiranya masalah bertambah teruk, jumpa dengan doctor segera untuk rawatan lanjut

Ruby
www.evaemilyclinic.com

Sunday, 10 June 2018



Terima kasih untuk semua bakal ibu ayah yang datang untuk scan 2D/3D/4D di Klinik Eva Emily !
Ada yg walk in sanggup datang dari jauh, (balik raya kan hihi) semata-mata nak intai baby arini.

Nasib baik baby sporting walaupun baby tak puasa eh, duk telan ngap ngap air ketuban mommy dia.

Ada yang datang sebab nak balik kampung raya nanti boleh tunjuk kat sedara mara baby ikut muka siapa.

Apa-apa pun, Terima kasih sekali lagi kerana memilih Klinik Eva Emily sebagai klinik pilihan.

Doakan kami sentiasa dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda, bakal ibu ayah sekalian.

Ibu ayah yg pernah scan dekat klinik ni boleh la share gambar scan dekat comment ni

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Hamil Lagi & Masih Menyusu Badan


‘Doktor macam mana ni, anak saya baru nak masuk umur setahun dan menyusu badan.. sekarang sy hamil lagi’

HAMIL LAGI, TAPI MASIH MENYUSU BADAN.. Perlu stop atau teruskan?

Ramai ibu yang hamil lagi walaupun masih menyusukan bayi mereka yang masih kecil. Penyusuan sebegini tidak perlu dihentikan asalkan ibu dapat nutrisi dan rehat yang cukup.

Bagi wanita yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak mempunyai masalah untuk breastfeeding dan hamil dalam satu masa yg sama. Doctor akan monitor berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan ibu mendapat nutrisi yang mencukupi.

Doktor tidak menggalakkan penyusuan jika mempunyai masalah seperti,

• Pernah mengalami keguguran ketika hamil
• Sakit perut terlalu kuat atau pendarahan dari vagina
• Pernah mengalami kelahiran anak pra matang
Tetapi in bergantung, dapatkan nasihat daripada doctor yg merawat.

Pemakanan ibu harus kaya dengan zat besi, folic acid, kalsium dan vitamin D bg tumbesaran bayi dalam rahim dan pengeluaran susu.

Yg paling penting, ibu wajib jaga kesihatan diri dan dapatkan rehat yang cukup.

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Saturday, 9 June 2018

Ovarian Cyst Ketika Hamil


‘ruby, haritu kak p scan dr kata kak ada cyst.. kak tengah pregnant ni, bahaya tak.. kak kena buat pembedahan tak?’ – Pn Niza

Kebanyakan cyst ni tak berbahaya, secara tak sengaja dapat dikesan semasa melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui perkembangan bayi dalam rahim sebab organ kilang telur ovary terletak berhampiran dengan rahim, maka ia mudah dikesan..

Jika pemeriksaan ultrasound menunjukkan bahawa imej ovarian cyst itu mengandungi cecair saja, kemungkinan ia tidak berbahaya, namun ini gambaran kasar. Pemeriksaan lebih detail harus dilakukan.

Jika ovarian cyst jenis yang tidak berbahaya dan saiz kurang 5cm, selalunya doctor tidak akan melakukan apa-apa kerana ia tidak mendatangkan mudarat kepada wanita hamil dan bayi. Biasanya doctor akan melakukan pemeriksaan berkala untuk mengetahui perkembangan saiz ovarian cyst tersebut.

Tetapi jika saiznya sudah besar melebihi 5cm, bimbang cyst tersebut akan pecah, berdarah. Ini boleh menyebabkan komplikasi yang serius. Selain memberi rasa tidak selesa pada bahagian abdomen, ovarian cyst yg besar boleh memberi tekanan secara fizikal pada pundi kencing dan rahim, seterusnya mungkin boleh menyebabkan keguguran dan kelahiran pra matang.

Namun, Ruby nasihatkan berbincanglah dengan doctor, kerana setiap pesakit tidak mempunyai masalah serupa. Bertanya kepada doctor mengenai saiz dan jenis cyst yang dihadapi.
Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Friday, 8 June 2018

Anemia Dikalangan Ibu Hamil



Anemia atau kurang darah adalah satu keadaan dimana haemoglobin (Hb) kurang daripada 11g%
Terdapat 3 jenis anemia
1. Anemia ringan ( hb 10g% - 10.9g% )
2. Anemia sederhana ( hb 7g% - 9.9g% )
3. Anemia teruk ( hb < 7g% )

Penting ke sel darah merah ni???

Penting sgt, sebabnya makanan yang ibu makan dan minum zat-zat makanan tersebut diserap ke salur darah melalui usus kecil.. Semasa ibu bernafas dan menyedut oksigen, sel darah memerangkap oksigen daripada paru-paru maka sel darah merah yang baru dibina..

Sel darah merah ni lah yang akan mengedarkan oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh ibu dan janin.

Apakah punca anemia???

• Kurang makan makanan yang kaya dengan zat besi, asic folic, vitamin B12 & vitamin C
• Kerap mengandung (jarak kelahiran kurang dari 2 tahun)
• Masalah perubatan seperti malaria, thalassemia, leukemia, buasir dan pendarahan dari vagina
• Jangkitan cacing
• Kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi.

Tanda- tanda anda mengalami anemia

• Kelihatan pucat
• Letih lesu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja biasa di rumah
• Rasa hendak pitam terutama semasa hendak bangun
• Rasa mengah dan hati berdebar-debar
• Kebas kaki dan tangan

Apakah Komplikasi anemia???

• Keguguran
• Bersalin awal
• Kematian janin dalam kandungan
• Tumpah darah semasa bersalin
• Mudah mendapat jangkitan
• Bayi kurang berat lahir ( kurang 2.5kg )
• Lahir tak cukup bulan
• Anak lemas semasa hamil
• Pertumbuhan bayi terbantut.

Bagaimana mencegah dan merawat anemia???

• Mengambil pil atau supplement untuk ibu hamil mengikut dos yang disarankan setiap hari
• Mengamalkan pemakanan seimbang dan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi.
• Mengurangkan pengambilan makanan penghalang zat besi seperti kafien.

So untuk ibu hamil, jangan ambil mudah ya mengenai hb ni.. penting untuk ibu dan bayi.

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Bayi Kurang Gerak


“Baby kak dari semalam kurang gerak, mcm mana ni ruby?” 

Selalu ruby dpt whatsapp mcmni. Pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan mmg sangat istimewa buat ibu.

Macam mana pergerakan bayi yang dikatakan normal ???

Selalunya wanita hamil akan merasakan kali pertama pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan. Walau bagaimanapun, jika ini adalah kandungan yang pertama, ibu mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat..

Sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Gerakan menendang, atau rasa ketukan lembut pada perut anda, tanpa anda sedar sebenarnya adalah pergerakan bayi itu.

Dengan perkembangan bayi, kebiasaannya pergerakan bayi juga akan turut berubah. Bayi anda akan bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang. Manakala pada awal pagi dan malam, bayi anda akan mempunyai masa ‘tidur’ yang kebiasaannya dalam jangka masa 20 hingga 40 minit dan tidak melebihi 90 minit. Pada ketika ini bayi anda tidak akan bergerak.

Pergerakan bayi akan meningkat sehingga 32 minggu kandungan dan kadar pergerakan akan menjadi statik sehingga saat dijangka bersalin. Menjelang penghujung kehamilan, bayi anda akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.

Jika anda terlalu sibuk dengan kerja seharian, ibu mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi anda. Apa yang paling penting adalah ibu perlu merasa pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.

Penting tak pergerakan bayi ni???

Semasa kehamilan, pergerakan bayi yang baik memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Jika berlaku perubahan pada pergerakan bayi, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor.

Maka bersegeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan.

Berapa tendangan yang patut ibu rasakan dalam satu hari?

Ibu digalakkan untuk memahami corak pergerakan bayi anda. Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi. Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga (awake) yang berlainan.

Semakin lama, anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketaknormalan pada coraknya, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.

Apakah yang perlu saya lakukan jika pergerakan bayi kurang atau tidak memuaskan?

Sentiasa dapatkan perhatian doktor dgn segera. Jangan abaikan pula masalah ini dengan mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bayi mungkin dalam bahaya.

Pemeriksaan serta bentuk rawatan yang akan diberikan kepada anda bergantung kepada usia kandungan anda.

Usia kandungan kurang 24 minggu. Kebanyakan wanita hamil hanya menyedari pergerakan bayi mereka dalam usia kandungan 18 hingga 20 minggu. Jika pada 24 minggu, anda masih tidak merasai pergerakan bayi, anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan (doktor atau jururawat) dan mereka akan memeriksa degupan jantung bayi dan akan menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan bayi dalam keadaan yang baik.

Usia kandungan berusia 24 hingga 28 minggu. Anda akan menjalani pemeriksaan keseluruhan antenatal, tekanan darah ibu dan kehadiran albumin dalam kencing akan turut diperiksa. Ketinggian rahim juga akan diukur, jika tinggi rahim ini lebih kecil daripada usia kandungan anda, ujian ultrasound akan dilakukan untuk mengetahui kadar perkembangan bayi, dan seterusnya akan ditandakan ke atas graf tumbesaran bayi.

Usia kandungan melebihi 28 minggu. Pergi ke klinik yang terdekat anda secepat mungkin. Jangan berlengah lagi, mahupun menunggu hari esoknya untuk mengambil tindakan. Anda akan ditanya sekali lagi mengenai pergerakan bayi anda. Degupan jantung bayi akan diperiksa menggunakan mesin CTG selama 20 minit. Sekiranya keputusan pemeriksaan CTG adalah normal, bayi anda berada dalam keadaan yang baik dan ada akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan ultrasound menunjukkan kuantiti air mentuban mencukupi dan kadar pembesaran bayi anda normal.

Jika terdapat masalah pada CTG ataupun ujian ultrasound, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai rawatan susulan yang diperlukan. Jika bayi berada dalam keadaan bahaya, bayi anda mungkin perlu dilahirkan dengan kadar segera. Ini semua bergantung pada usia kandungan serta tahap perkembangan bayi tersebut.

Ingat, jangan tunda2 untuk jumpa dr kalau baby kurang gerak. Jumpa Dr segera !!!
Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Thursday, 7 June 2018

Pedih Ulu Hati Ketika Hamil



Sakit atau rasa tidak selesa adalah lumrah yang harus dialami oleh semua wanita hamil. Alahan, sakit belakang, sembelit, pening kepala dan sebagainya merupakan antara simptom yang tidak boleh dielakkan.

Semua ketidakselesaan yang dialami adalah disebabkan perubahan dari segi fizikal, hormon dan emosi.
Salah satu ketidakselesaan yang banyak dialami oleh wanita hamil adalah masalah pedih ulu hati yang disebabkan peningkatan paras hormon estrogen dan progesteron.

Perubahan hormon ini juga menyebabkan mood berubah terutama ketika trimester pertama dan terakhir.

Bagaimana Pedih ulu hati ni terjadi?

Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut,

Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (les) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.
Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.

Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan,.

Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati?
  1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.
  2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.
  3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.
  4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.
  5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.
  6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.
  7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.
  8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.
  9. Jangan merokok.
  10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.
  11. Tangani stres dengan tenang.
  12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.
  13. Berbaring dengan keadaan dada tinggi sedikit daripada perut untuk mengelakkan reflux kandungan gaster.
  14. Minum susu suam pada waktu malam.
Ibu-ibu hamil perlu menjaga kesihatan diri dan lebih proaktif dalam memahami perkara yang berkaitan dengan kehamilan.

Jaga pengambilan nutrien ibu, pengambilan vitamin dan suplemen ketika hamil amat penting iaitu asid folik, multivitamin dan kalsium.

Semoga bermanfaat untuk para ibu, jangan lupa share dgn kawan2

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Tuesday, 5 June 2018

Sembelit




‘Ruby, kak risau nihh ! normal ka kalau sembelit masa mengandung? Nih first time kak pregnant, mcm mana ruby?’ 😰
.
.
Selalu Ruby dpt ws mcm ni, bg ibu2 yg first time hamil mesti risau kan. Normal ka kalau sembelit masa hamil ni? Jom kita baca info nihh. Nanti boleh share dkt kwn2 kan.
.
.
Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang hamil. Hampir kesemua wanita yang hamil mengadu mengalami sembelit terutama berada di akhir kehamilan..
.
Agaknya apa penyebab sembelit ketika hamil?
.
.
Banyak faktor sebenarnya, antaranya 👇
.
1.Masa kehamilan, biasanya pergerakan usus perlahan disebabkan peningkatan hormone progestrerone.
2.Kurang pengambilan air dan fiber.
3.Kerisauan
4. Kurang pegerakan fizikal.
.
.
Ada beberapa tips untuk mengurangkan sembelit untuk ibu hamil.. 👇
.
1.Minum air secukupnya iaiti 6-8 gelas sehari.
2.Makan makanan yang kaya dengan serat contohnya buah-buahan dan sayur-sayuran.
3.Amalkan tabiat membuang air besar dengan baik iaitu setiap hari dan waktu yg sama.
4.Lakukan senaman antenatal supaya membantu pergerakan di usus besar.
5.Elakkan mengambil julap kerana ia boleh menyebabkan kontraksi awal.
.
.
Selalunya sembelit ketika hamil tidak berbahaya, tapi jika sembelit diselang seli dengan cirit birit atau yang menyebabkan najis bercampur darah, maka haruslah berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan.
.
.
Ok, ruby harap ibu2 hamil dapat info yg bermanfaat yaa.
.
.
Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Insomnia


Jom ruby share 6 tips untuk mengatasi masalah insomnia ketika hamil..

Apa itu insomnia?
Dikenali sebagai kesukaran tidur pada waktu malam.. mesti ada ibu dkt sini yang pernah alami masalah susah nak tidur malam kan?

Apa faktor berlaku insomnia ni?
1.Pergerakan fetus yang kuat
2.Kekerapan membuang air kecil pada waktu malam.
3.Panas
4.Gangguan emosi

Jadi, macam mana nak atasi insomnia?
1.Pastikan persekitaran yang baik dan cukup pengudaraan dan tak panas supaya ibu selesa.
2.Ibu digalakkan membaca bahan bacaan yang ringan seperti majalah sebelum tidur.
3.Digalakan minum susu suam atau minuman panas sebelum tidur tapi bukan cafien !
4.Dengar muzik atau zikir2 untuk relaks minda sebelum tidur.
5.Ibu perlu ambil tindakan untuk mengatasi gangguan emosi.
6.Rujuk pada doctor jika semakin teruk.

Jangan sampai menjejaskan kesihatan ibu dan kandungan ya.

Semoga bermanfaat utk para ibu 🤗

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Monday, 4 June 2018

Cara Penyusuan Bayi



Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan.

Untuk permulaan, bagi merangsang tindak balas natural bayi untuk menyusu, cubalah langkah berikut :
  1. Dukung dan letakkan bayi dalam posisi yang selesa. Ibu juga harus selesa.
  2. Sentuh pipi bayi, supaya dia berpaling ke arah payudara
  3. Sentuh bibir bayi dengan puting agar dia mula membuka mulut. Tunggu dan acah sehingga dia membuka mulut seluas mungkin.
  4. Masukkan puting dan gerakkan badan bayi rapat ke arah payudara.
  5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawasan gelap keliling puting ibu.
  6. Pastikan bayi lekap / latching dengan betul dan ampu payudara dengan menggunakan tangan anda.
BAGAIMANA POSISI PAYUDARA SEMASA BAYI MENYUSU?
  • pegang payudara dalam keadaan C hold
  • ibu jari atas puting, jari lain di bawah
  • ampu dengan lembut, jangan picit atau tekan payudara dengan kuat.
LEKAPAN/LATCHING BAYI YANG BETUL
  • mulut bayi terbuka luas
  • dagu cecah payudara
  • bibir atas dan bawah sedikit melekup keluar
  • sebahagian besar aerola masuk dalam mulut bayi. Jika ibu mempunyai aerola yang besar, tidak semestinya mulut bayi cover habis. Cukup jika bayi tidak sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menyakitkan ibu.
  • pipi bayi kembang kucup 
  • bayi menghisap dan ada nada.. Hisap telan hisap telan..

Goodluck Mummy

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic


Elakkan Koyakan Teruk Semasa Bersalin



Jangan panik !!! Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu

Amalkan senaman Kegel : Kemutkan otot pelvis / vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung

Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yg anjal akan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk. 

Meneran dengan cara yg betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit

Jangan meneran awal jika belum tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.
Pastikan posisi yg betol ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri

Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor takleh kluar. 

Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung mcm tertelan microfon

insyaallah dipermudahkan https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/fb7/1/16/1f917.png🤗https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/fb7/1/16/1f917.png🤗https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/fb7/1/16/1f917.png

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Sunday, 3 June 2018

Bengkak Susu



Bengkak susu (Engorgement) nih pada awal kelahiran baby sebenarnya terjadi disebabkan EDEMA iaitu pembengkakan yang disebabkan oleh pengumpulan cecair lebihan dalam jaringan badan. Lebihan cecair ni lazimnya kerana kemasukan air semasa proses bersalin dan selepas bersalin.
Tahukah mummy, bengkak susu sebenarnya tidak selalu membawa petanda yang baik untuk mummy. Bengkak susu adalah satu signal yang dihantar oleh badan mummy untuk memberitahu yang susu tidak dikeluarkan dengan efektif dari payudara dan tidak dikeluarkan pada waktu yang sepatutnya.

Bengkak susu boleh menyebabkan mummy merasa sakit dan tidak selesa pada bahagian payudara. Bengkak susu yang tidak dirawat pula boleh membawa kepada jangkitan atau mastitis.
Simptom mastitis nih sama jugak macam bila saluran tersumbat tetapi kesakitan, kepanasan, bengkak lazimnya lebih menyakitkan. Berkemungkinan jugak jalur-jalur merah di permukaan kulit payudara yang terlibat akan kelihatan. Simptom mastitis yang lain termasuklah demam (38.5celcius) atau lebih, menggigil, sakit seperti selesema dan sering berasa tidak selesa.
Antara punca2 berlakunya bengkak susu:

1. Lambat memulakan penyusuan buat kali pertama. (Late on set on breastfeeding)
Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara.
2. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch)
Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara.
3. Penyusuan yang tidak kerap. (Inadequate feeding).
Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan pada waktu yang sesuai dan susu mummy tidak keluar dengan lancar.
4. Penyusuan berjadual. (Scheduled feeding)

Penyusuan berjadual boleh menyebabkan bengkak susu dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu. Sebetulnya, bayi perlu menyusu mengikut signal-signal yang diberikan oleh bayi sendiri, seperti apabila tidur bayi mula terganggu, bayi mula mengecap-ngecap dan menghisap bibir/jari.

Penyelesaian untuk bengkak susu
1. Beri demahan suam keatas buah dada sebelum memulakan penyusuan.
2. Lakukan urutan dari atas ke bawahdan sekeliling untuk pengaliran yang baik.
3. Perah susu dengan tangan atau pam untuk kurangkan bengkak.
4. Mulakan penyusuan bila buah dada sudah lembut
5. Teruskan menyusu baby bila2 masa diperlukan
6. Kalau sakit lakukan demahan sejuk untuk kurangkan sakit
7. Menyusu baby dengan teknik yang betul
8. Pakai pakaian yang selesa

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...