Apa itu kandidiasis vagina?
Kandidiasis vagina adalah sejenis jangkitan faraj yang biasa berlaku pada
wanita, namun ia lebih kerap dialami semasa kehamilan.
Ia berpunca daripada sejenis kulat yang dipanggil ‘Candidaalbicans’. Penyakit ini juga dikenali sebagai vaginitis monilia, jangkitan yis
atau keputihan.
Wanita lebih berisiko mengalami kandidiasis (keputihan)
sekiranya:
1. Wanita hamil, tahap sejenis gula yang dipanggil glikogen
meningkat dalam faraj, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
2. Memakai pakaian ketat atau yang diperbuat daripada bahan
sintetik, seperti seluar sendat dan seluar dalam nilon.
3. Memakai mandian buih yang wangi atau pelapik seluar yang
berbau harum.
4. Mengambil antibiotik. Antibiotik boleh menjejaskan
keseimbangan mikroorganisma baik dan tidak baik dalam perut.
5. Penghidap kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak
dikawal dengan baik
Walaupun kandidiasis vagina tidak dikategorikan sebagai
penyakit kelamin, anda boleh mendapatnya selepas anda melakukan hubungan seks
dengan seseorang yang sudah dijangkiti.
.
.
.
No comments:
Post a Comment