Sunday, 24 June 2018

MAKANAN YANG BAIK UNTUK BABY




#1. Madu
Makanan yang sangat berkhasiat yang juga dikenali sebagai makanan penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, D, K, E, mineral seperti zat besi, zink. Selain itu ia juga mengandungi protein, hormon, antiseptik dan enzim yang mampu meningkatkan daya ingatan dan kecergasan mental.

#2. Kismis
Kismis kaya dengan zat besi yang sangat penting untuk membina darah agar bekalan oksigen cukup untuk disalurkan ke otak. Darah mengangkut kesemua nutrisi yang penting agar sampai ke tempat yang diperlukan. Oleh itu, darah yang mencukupi membantu dalam pembentukan otak anak yang genius.

#3. Telur
Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak kerana mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, magnesium, kalium, sulfur, natrium, zat besi, fosforus, air dan bahan-bahan aktif. Telur ayam yang terbaik adalah telur ayam kampung, tetapi telur yang mengandungi omega dan selenium juga tidak kurang baiknya untuk kepintaran anak.

#4. Susu Segar
Susu segar mampu meransang otak, membekalkan tenaga dari segi mental dan fikizal, menajamkan fikiran dan menguatkan ingatan. Susu adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat serta memenuhi 6 kumpulan makanan yang diperlukan tubuh badan dan otak seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air. Susu yang terbaik untuk genius adalah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar.

#5. Buah Delima
Buah ini juga mampu berfungsi sebagai penerang hati. Menurut kajian, mengamalkan jus buah delima ketika kehamilan membantu melindungi otak bayi ketika proses kelahiran. Buah delima juga bermanfaat kepada kulit bayi. Ia juga tinggi dengan asid folik untuk elak kecacatan tiub saraf bayi.

#6. Kurma
Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan vitamin E. Jus kurma mampu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu dalam tumbesaran bayi sekaligus minda yang sihat.

#7. Labu
Labu kuning kaya dengan Vitamin A, C, K, zat besi dan protein untuk menambah keupayaan fizikal dan otak bayi. Labu bagus dimakan oleh ibu hamil dan juga apabila bayi berusia 6 bulan, ia juga menjadi pilihan makanan yang terbaik buat bayi kerana kaya dengan serat.

#8. Kekacang
Kekacang juga sangat elok dimakan oleh ibu hamil untuk meningkatkan perkembangan genius otak bayi. Kekacang seperti kacang hijau, kacang merah dan soya. Kekacang ini dipercayai memberi kesan kepada kecerdasan otak kerana mengandungi protein, karbohidrat, Vitamin B1, B2, Kalsium, asid folik, omega 3 dan omega 6 yang sangat penting dalam pembentukan otak bayi.

#9. Sayur-sayuran
Sayur-sayuran segar dan buah-buahan kaya dengan vitamin yang terpelihara. Vitamin dan mineral yang ada di dalam sayur dan buah amat penting untuk pembentukan otak bayi.
.
.
.
.

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...