Saturday, 30 June 2018

MORNING SICKNESS / LOYA .

.
mai ruby nak share
.
.
10 CARA MENGATASI LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk melegakan rasa loya, mual, dan muntah ketika hamil dengan menggunakan bahan semulajadi.

1. MAKAN DALAM KUANTITI KECIL
Jika selama ini kita biasa makan 3 hidangan utama setiap hari, mungkin anda boleh memecahkannya kepada 5 hidangan yang lebih kecil.
Apabila makan sedikit demi sedikit, perut akan berasa lebih lega dan tidak terlalu penuh sehingga menyebabkan mual dan muntah.
2. ELAK MAKANAN PEDAS DAN BERLEMAK
Tidak dinafikan ada sesetengah ibu yang minat memakan pedas, berempah, dan berlemak. Tapi, cuba hadkan pengambilan makanan seperti ini kerana ia boleh memicu rasa mual dan ketidakselesaan pada perut.
Jika anda kerap termuntah, cuba makan makanan kering seperti biskut dan roti kosong. Makanan sejuk dan kurang berbau juga biasanya dapat membantu.

3. JANGAN ‘SKIP’ SARAPAN
Salah satu tabiat yang perlu dielakkan jika anda kerap muntah ketika hamil adalah mengelakkan sarapan. Ambillah sedikit sarapan walaupun sekeping roti ataupun biskut kering. Perut yang kosong boleh menyebabkan anda berasa lemah selain menjadikan perut mudah dimasuki angin.

4. SNEK SIHAT
Jika anda kurang berselera memakan makanan berat, pastikan anda mendapatkan khasiat yang baik melalui snek sihat. Pilihan terbaik semestinya buah-buahan segar dan salad kerana ia bukan saja berkhasiat, tetapi ia juga mengurangkan rasa mual dan loya.
Selain itu, ibu hamil boleh mengambil buah-buahan kering seperti kurma, aprikot, buah tin, kismis, dan pelbagai pilihan kekacang seperti kacang almond, pistachio, walnut, atau badam sebagai kudapan. Tapi, elakkan daripada memakan snek yang ditambah dengan gula atau garam ya!

5. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Minum lebih banyak air kosong untuk mengimbangi dehidrasi, terutama ketika anda mula terasa mual dan loya.
Jika tidak dapat menelan air kosong, cuba minum jus buah-buahan segar yang dibuat sendiri tanpa gula berlebihan.

6. TEH HALIA
Selain air kosong atau jus, anda boleh juga meminum teh herba seperti teh halia atau pudina yang akan memberi efek menyegarkan.
Namun, jangan ambil secara berlebihan dan elakkan herba sebarangan. Baca dahulu labelnya kerana sesetengah herba tidak sesuai untuk diminum oleh wanita hami

7. MENGHIDU MINYAK AROMATERAPI
Apabila hamil, deria bau wanita biasanya akan menjadi lebih sensitif dan ia boleh menjadi salah satu punca mual serta loya.
Oleh itu, minyak angin atau minyak aromaterapi dapat membantu anda untuk mengurangkan sensitiviti terhadap bau-bauan yang tidak dapat diterima oleh anda.

8. ALIHKAN PERHATIAN
Cuba alihkan perhatian dan jangan terlalu memikirkan tentang perasaan loya, mual dan muntah ketika hamil.
Sibukkan diri dan ‘set’kan sasaran anda sebelum tidur supaya anda mempunyai jadual tertentu yang perlu dipenuhi.

9. HIRUP UDARA SEGAR
Dapatkan udara segar yang secukupnya. Berjalan-jalanlah di taman pada waktu awal pagi dan petang, terutamanya pada hujung minggu.
Buka langsir dan kipas sekiranya anda bekerja dalam ruang pejabat.
Elakkan memakai baju yang sendat tudung yang terlalu banyak lapisan kerana ia boleh mengganggu pengaliran udara dan menjadikan anda tidak selesa.

10. DAPATKAN REHAT YANG CUKUP
Akhir sekali, elakkan stres dan pastikan anda mendapat rehat secukupnya untuk menampung keperluan tubuh yang bekerja ‘lebih masa’. Cuba jadualkan waktu tidur siang sebagai salah satu cara untuk mengembalikan tenaga dan menghilangkan rasa letih setiap hari
.
.
ruby
.
.
www.evaemilyclinic.com

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...