Apa yang Ruby tau sebelum ni, amalan turun-temurun yang diwarisi oleh
masyarakat kita adalah baby yang baru lahir MESTI dibedung, apakah manfaat
bedung kepada bayi?
- Memberi sensasi sentuhan sepanjang masa
- Bedung elak baby dari pergerakan luar kawalan
- Bedung bantu baby menfokus kepada cubaan mententeramkannya
- Elak baby daripada kesejukan
- Agar baby tidak mudah terkejut
- untuk elak baby mencakar muka atau badannya sendiri dan lain-lain lagi…
Tetapi, ada juga KAJIAN dan BUKTI KUKUH yang menyatakan bahawa, terdapat KEBAIKAN & KELEBIHAN tertentu sekiranya baby baru lahir tidak dibedung, dan sepatutnya baby diletakkan dalam posisi MENIARAP seawal usia 1 hari. Kebaikan juga kelebihan ini sangat berkait rapat dengan PERKEMBANGAN SISTEM OTAK BAYI BARU LAHIR.
KENAPA AMALAN-AMALAN INI DIKATAKAN BAGUS?
Baby baru lahir tidak memiliki kebolehan berada di dalam ruang. Atau dalam ayat yang lebih mudah ialah baby tidak tahu bahawa tangan dan kaki mereka itu adalah sebahagian dari diri mereka sendiri. Dan apabila baby ini ditiarapkan, tangan dan kaki mereka akan dapat menyentuh permukaan tilam dan proses ini secara automatiknya akan mengaktifkan serta merangsang deria sentuhan bayi.
Antara KEBAIKAN meniarapkan bayi tanpa dibedung ialah :
• Baby akan mula menggerakkan tengkuk dan kepala (kiri ke kanan dan vice versa). Pergerakan ini akan menguatkan tengkuk dan leher bayi.
• Bayi lebih rasa “secure” bila terkejut (Moro Reflex) kerana permukaan lantai/tilam wujud untuk mereka “peluk”.
• Memberi ruang kepada otak dan kepala bayi membesar (tiada masalah “flat head”).
• Bayi mudah sendawa
• Bayi yang ada reflux atau kerap muak takkan tertelan atau tersedak muntahnya sendiri.
Okay, Ruby tau mungkin sesetengah dari akak2 tidak bersetuju dengan cara-cara di atas . Tetapi, cara –cara ini memberi kesan yang positif terhadap pertumbuhan dan perkembangan bayi Kebanyakan bayi yang tidak dibedung, serta ditiarapkan di awal kelahiran mencapai tahap perkembangan (“milestones”) yang lebih awal. Malah ada yang sudah boleh merangkak seawal usia 4 bulan!
Ruby juga tidaklah menolak 100% peratus amalan membedung bayi dan seperti yang sering dipraktikkan oleh kebanyakan orang. Malah, ibu2 semua boleh bersikap “flexible” dan “play by situation”.
Apa yang Ruby maksudkan ialah, ada waktunya ibu2 boleh membedung dan beri anak
tidur terlentang. Dan ada waktunya, ibu2 bedung mereka dan dengan pantauan
tiarapkan mereka semasa tidur.
Tak perlu terlalu “extreme”…Lakukan semua perkara secara berpada-pada dan
bersederhana
P/s: Tolong kongsikan ilmu ni pada yang lain juga. Dan sila Follow EVA EMILY CLINIC dan set See First ye supaya tak tertinggal info untuk Ibu- ibu yang disayangi.
P/s: Tolong kongsikan ilmu ni pada yang lain juga. Dan sila Follow EVA EMILY CLINIC dan set See First ye supaya tak tertinggal info untuk Ibu- ibu yang disayangi.
Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic
No comments:
Post a Comment