Monday, 11 June 2018

Kerap Membuang Air Kecil Semasa Hamil



“kenapa saya kerap membuang air kecil semasa saya hamil?

Kerap membuang air kecil adalah ciri-ciri utama kehamilan. Ini biasa berlaku terutamanya dalam trimester pertama dan ketiga. Malah, ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda awal kehamilan yang biasa. Ia adalah sebahagian daripada perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda.

Apabila bayi dalam kandungan anda semakin membesar, badan anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, tetapi pundi kencing anda pula semakin mengecut. Oleh itu, walaupun pundi kencing anda kosong, tekanan yang diterimanya akan membuatkan anda merasa seperti ia penuh. Anda akan mengalami perkara ini terutamanya pada hujung kehamilan apabila kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir.

Anda juga mungkin mempunyai masalah mengosongkan pundi kencing, menyebabkan anda terpaksa pergi ke tandas berulang kali.

Adakah apa-apa cara untuk mengurangkan berulang ke tandas?

  • Jangan cuba kurangkan jumlah air yang anda minum. Anda sepatutnya minum enam hingga lapan gelas minuman sehari, yang mana kebanyakannya sepatutnya adalah air. Pengurangan cecair boleh menyebabkan nyahhidrat, dan anda perlu minum dengan banyak untuk membantu pengaliran nutrien kepada bayi anda. 
  • Anda boleh cuba minum hanya sedikit dalam masa satu atau dua jam sebelum tidur untuk mengurangkan berulang ke tandas pada waktu malam. 
  • Tukar seluar dalam dengan kerap atau memakai panty liner untuk mengelakkan infeksi pada saluran urin akibat kekerapan pembuangan urin.


Sekiranya masalah bertambah teruk, jumpa dengan doctor segera untuk rawatan lanjut

Ruby
www.evaemilyclinic.com

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...