Thursday, 7 June 2018

Pedih Ulu Hati Ketika Hamil



Sakit atau rasa tidak selesa adalah lumrah yang harus dialami oleh semua wanita hamil. Alahan, sakit belakang, sembelit, pening kepala dan sebagainya merupakan antara simptom yang tidak boleh dielakkan.

Semua ketidakselesaan yang dialami adalah disebabkan perubahan dari segi fizikal, hormon dan emosi.
Salah satu ketidakselesaan yang banyak dialami oleh wanita hamil adalah masalah pedih ulu hati yang disebabkan peningkatan paras hormon estrogen dan progesteron.

Perubahan hormon ini juga menyebabkan mood berubah terutama ketika trimester pertama dan terakhir.

Bagaimana Pedih ulu hati ni terjadi?

Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut,

Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (les) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.
Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.

Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan,.

Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati?
  1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.
  2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.
  3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.
  4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.
  5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.
  6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.
  7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.
  8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.
  9. Jangan merokok.
  10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.
  11. Tangani stres dengan tenang.
  12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.
  13. Berbaring dengan keadaan dada tinggi sedikit daripada perut untuk mengelakkan reflux kandungan gaster.
  14. Minum susu suam pada waktu malam.
Ibu-ibu hamil perlu menjaga kesihatan diri dan lebih proaktif dalam memahami perkara yang berkaitan dengan kehamilan.

Jaga pengambilan nutrien ibu, pengambilan vitamin dan suplemen ketika hamil amat penting iaitu asid folik, multivitamin dan kalsium.

Semoga bermanfaat untuk para ibu, jangan lupa share dgn kawan2

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...