Monday, 4 June 2018

Cara Penyusuan Bayi



Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan.

Untuk permulaan, bagi merangsang tindak balas natural bayi untuk menyusu, cubalah langkah berikut :
  1. Dukung dan letakkan bayi dalam posisi yang selesa. Ibu juga harus selesa.
  2. Sentuh pipi bayi, supaya dia berpaling ke arah payudara
  3. Sentuh bibir bayi dengan puting agar dia mula membuka mulut. Tunggu dan acah sehingga dia membuka mulut seluas mungkin.
  4. Masukkan puting dan gerakkan badan bayi rapat ke arah payudara.
  5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawasan gelap keliling puting ibu.
  6. Pastikan bayi lekap / latching dengan betul dan ampu payudara dengan menggunakan tangan anda.
BAGAIMANA POSISI PAYUDARA SEMASA BAYI MENYUSU?
  • pegang payudara dalam keadaan C hold
  • ibu jari atas puting, jari lain di bawah
  • ampu dengan lembut, jangan picit atau tekan payudara dengan kuat.
LEKAPAN/LATCHING BAYI YANG BETUL
  • mulut bayi terbuka luas
  • dagu cecah payudara
  • bibir atas dan bawah sedikit melekup keluar
  • sebahagian besar aerola masuk dalam mulut bayi. Jika ibu mempunyai aerola yang besar, tidak semestinya mulut bayi cover habis. Cukup jika bayi tidak sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menyakitkan ibu.
  • pipi bayi kembang kucup 
  • bayi menghisap dan ada nada.. Hisap telan hisap telan..

Goodluck Mummy

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic


No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...