Sunday, 3 June 2018

Bengkak Susu



Bengkak susu (Engorgement) nih pada awal kelahiran baby sebenarnya terjadi disebabkan EDEMA iaitu pembengkakan yang disebabkan oleh pengumpulan cecair lebihan dalam jaringan badan. Lebihan cecair ni lazimnya kerana kemasukan air semasa proses bersalin dan selepas bersalin.
Tahukah mummy, bengkak susu sebenarnya tidak selalu membawa petanda yang baik untuk mummy. Bengkak susu adalah satu signal yang dihantar oleh badan mummy untuk memberitahu yang susu tidak dikeluarkan dengan efektif dari payudara dan tidak dikeluarkan pada waktu yang sepatutnya.

Bengkak susu boleh menyebabkan mummy merasa sakit dan tidak selesa pada bahagian payudara. Bengkak susu yang tidak dirawat pula boleh membawa kepada jangkitan atau mastitis.
Simptom mastitis nih sama jugak macam bila saluran tersumbat tetapi kesakitan, kepanasan, bengkak lazimnya lebih menyakitkan. Berkemungkinan jugak jalur-jalur merah di permukaan kulit payudara yang terlibat akan kelihatan. Simptom mastitis yang lain termasuklah demam (38.5celcius) atau lebih, menggigil, sakit seperti selesema dan sering berasa tidak selesa.
Antara punca2 berlakunya bengkak susu:

1. Lambat memulakan penyusuan buat kali pertama. (Late on set on breastfeeding)
Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara.
2. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch)
Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara.
3. Penyusuan yang tidak kerap. (Inadequate feeding).
Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan pada waktu yang sesuai dan susu mummy tidak keluar dengan lancar.
4. Penyusuan berjadual. (Scheduled feeding)

Penyusuan berjadual boleh menyebabkan bengkak susu dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu. Sebetulnya, bayi perlu menyusu mengikut signal-signal yang diberikan oleh bayi sendiri, seperti apabila tidur bayi mula terganggu, bayi mula mengecap-ngecap dan menghisap bibir/jari.

Penyelesaian untuk bengkak susu
1. Beri demahan suam keatas buah dada sebelum memulakan penyusuan.
2. Lakukan urutan dari atas ke bawahdan sekeliling untuk pengaliran yang baik.
3. Perah susu dengan tangan atau pam untuk kurangkan bengkak.
4. Mulakan penyusuan bila buah dada sudah lembut
5. Teruskan menyusu baby bila2 masa diperlukan
6. Kalau sakit lakukan demahan sejuk untuk kurangkan sakit
7. Menyusu baby dengan teknik yang betul
8. Pakai pakaian yang selesa

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic

No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...