Friday, 1 June 2018

10 Perubahan Ibu Hamil




Masalah ketidakselesaan memang menjadi perkara biasa buat ibu yang hamil.
Benda nihjadi akibat daripada kesan perubahan hormon semasa hamil dan perkembangan baby di dalam rahim.

Walaupun keadaan ini tidak menimbulkan risiko yang serius pada ibu, ia tetap buat ibu rasa tidak selesa dan memberi kesan pada mental dan emosi ibu yang sedang hamil.https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/f6e/1/16/1f930.png🤰

Semasa dalam tempoh kehamilan, ibu hamil akan dapat merasa beberapa keadaan yang dianggap biasa terjadi semasa tempoh kehamilan, antaranya :
1.MORNING SICKNESS (RASA LOYA)
Morning sickness atau rasa loya ini boleh berlaku pada 6-8 minggu kehamilan mahupun pada bila-bila masa sahaja terutamanya pada waktu pagi. Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh juga boleh berlanjutan kira-kira 12 hingga 14 minggu kehamilan malah boleh berlanjutan hingga di trimester terakhir.

2.PERUBAHAN HORMON
Keletihan adalah sangat biasa terjadi di peringkat awal kehamilan terutama pada 12 minggu pertama.Perubahan hormon di dalam badan menyebabkan mummy hamil berasa sangat penat ,loya dan sensitif pada masa yang sama. 

3.STRETCH MARKS (SELULIT)
Selulit ni antara keadaan biasa terjadi pada wanita hamil. Hal ini terjadi akibat regangan hingga boleh memecahkan kawasan dermis kulit. Apabila ia terjadi,secara automatiknya akan membentuk kesan regangan yang dipanggil selulit.
Selulit semasa hamil ni bergantung juga pada jenis kulit mummy kerana ada sesetengah orang mempunyai struktur kulit yang anjal. Ia akan beransur-ansur hilang ataupun tidak ketara selepas bayi dilahirkan. Dalam beberapa keadaan, selulit akan terjadi jika berat badan mummy hamil melebihi berat badan yang dicadangkan semasa hamil. 
4.CRAMP ATAU KEJANG KAKI
Cramp biasanya terjadi pada otot betis atau kaki mummy hamil. Kekejangan ini kerapkali terjadi pada waktu malam hingga boleh mengganggu waktu tidur mummy hamil dan seterusnya menyebabkan insomnia.
Apabila rahim semakin berat, ia memberi tekanan saluran darah hingga menyebabkan saluran darah terganggu. Hal ini boleh menyebabkan tekanan darah pada kaki tidak dapat berjalan lancar serta memberi tekanan pada saraf kaki. 

§ Asid yang terkumpul dalam serat otot yang membuatkan otot jadi kejang
§ Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan mummy.
§ Kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki
§ Kandungan yang semakin membesar
5.PERUBAHAN PAYUDARA
Antara tanda-tanda awal kehamilan adalah mummy hamil mengalami perubahan pada payudara. Pada masa ini, payudara menjadi lebih besar, sensitif, berdenyut dan sakit.https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/f91/1/16/1f625.png😥

Antara perubahan pada payudara adalah :
  • puting payudara dan aerola mulai besar dan gelap kerana perubahan hormon memberi kesan pada pigmentasi kulit 
  • payudara terasa lembut dan mudah sensitif
  • payudara makin membesar untuk persediaan menyusu
  • pengeluaran kolustrum iaitu cecair kekuningan yang diberikan pada baby. Ia dianggap susu pertama yang diminum oleh baby untuk mengelakkan kuning serta memberi kekuatan imunisasi pada baby yang baru dilahirkan.
  • tiada perubahan pada payudara. Jika tiada perubahan pada payudara berkemungkinan mummy mengalami masalah kalenjar tisu susu yang tidak mencukupi. Ia dipanggil 'breast hypoplasia' atau 'Insufficient Grandular Tissue' (IGT)

6.RASA PANAS
Kebanyakan mummy hamil mungkin akan berasa lebih panas dari biasa disebabkan oleh perubahan hormon dan peningkatan aliran darah ke kulit. Jika rasa kepanasan tu tidak normal dan melebihi suhu badan normal, mummy kena segera mendapatkan pemeriksaan doktor agar tidak membahayakan perkembangan baby.
Jadi, antara langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan rasa panas adalah : memakai pakaian longgar dari kain kapas, kurangkan pendedahan di bawah terik matahari, berada di kawasan sejuk seperti di bawah kipas atau pasang aircond, dan perbanyakkan meminum air masak
7.SEMBELIT
Masalah sembelit sememangnya kerap terjadi pada wanita hamil. Kira-kira 30-40% wanita hamil akan mengalami masalah sembelit, Hal ini terjadi akibat perubahan hormon semasa hamil yang telah memeprlahankan pergerakan makanan melalui saluran penghadaman. 
Selain itu, ia juga terjadi kesan daripada keadaan rahim yang semakin membesar telah memberi tekanan ke atas rektum. Sembelit juga terjadi kerana wanita hamil mengandungi hormon progestron yang banyak di dalam badan hingga menyebabkan fungsi usus memproses makanan dengan perlahan.
8.SAKIT BELAKANG
Gejala sakit belakang memang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Rata-rata wanita hamil akan mengalami sakit belakang pada bila-bila sahaja waktu kehamilan tetapi kebanyakannya akan mengalami sakit belakang pada peringkat akhir tempoh kehamilan. 
9.MENGIDAM MAKANAN
Sesetengah wanita hamil akan mulai mengidam makanan tertentu semasa tempoh kehamilan. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai punca mengidam di kalangan wanita hamil, simptom ini kerapkali terjadi tanpa sebab yang pasti.
10.KERAP MEMBUANG AIR KECIL
Kekerapan membuang air kecil boleh terjadi pada minggu awal kehamilan hingga ke trimester ketiga. Ia kerap terjadi kerana lebihan darah dan cecair yang semakin meningkat telah dikumuhkan melalui buah pinggang mummy hamil. 

Perkembagan baby yang pesat juga mempengaruhi dan memberikan tekanan pada pundi kencing hingga menyebabkan mummy berasa perlunya membuang air kecil dengan lebih kerap.
Jangan lupa share maklumat ni dgn mummy yang lain.

Ruby
www.evaemilyclinic.com
Eva Emily Clinic




No comments:

Post a Comment

Penyakit batu hempedu; SIAPA yang berisiko ?

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI? . Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan batu hempedu antaranya 👉 Jantina; wanita lebih ...